Laman Utama

Ibu Saudara Kak KM, Pelakon Aripah Damanhuri Meninggal Dunia

Izwan Isa
31/05/2022
02:14 MYT
Sponsor Banner
Ibu Saudara Kak KM, Pelakon Aripah Damanhuri Meninggal Dunia
Pelakon Aripah Damanhuri disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 8.15 pagi tadi akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Khabar sedih itu dikongsikan oleh anaknya, Fais Nurpais Ismail menerusi laman Facebook.
“Mak akhirnya pergi juga. Bagi sesiapa yang mengenali mak Aripah Damanhuri, dukacita dimaklumkan mak baru saja meninggal dunia pukul 8.15 pagi tadi di wad 23 HKL.
“Pohon sedekahkan doa kepada mak ya. Kalau mak ada apa-apa hutang yang belum langsai, hubungilah saya, Insya-Allah,” kongsi Fais.
Terdahulu, pada 23 April, Aripah, 73, yang juga merupakan ibu saudara selebriti media sosial, Kak KM dimasukkan ke HKL selepas paras oksigennya menurun.
Dia juga terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Anaknya, Fais Nurpais memaklumkan Aripah diberikan bantuan pernafasa selain semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan.
Sebelum ini, menerusi laporan media, keadaan Aripah dikatakan semakin stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Allahyarham Aripah memulakan kariernya sebagai pelakon pada 1980. Antara filem lakonannya iaitu Senario XX (2005) dan 8 Jam (2012) manakala drama berjudul Airmata Maria, Gerak Khas musim 11 dan Antara Maghrib dan Isyak.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar