Hollywood

Ibu Tunggal Terkejut Terima Tips RM90,000 Daripada Penyanyi Post Malone

Maliah Surip
07/01/2025
14:45 MYT
Sponsor Banner
Ibu Tunggal Terkejut Terima Tips RM90,000 Daripada Penyanyi Post Malone
Tidak ada yang lebih mengejutkan seorang ibu tunggal satu anak yang sedang bergelut dengan masalah kewangan sehingga terpaksa bekerja pada malam Hari Natal dengan keajabian yang tidak diduga.
Renee Brown seorang pelayan bar di The Railyard di Houston, Amerika Syarikat mendedahkan telah menerima tips yang cukup lumayan daripada penyanyi Post Malone.
Malone, 29, datang ke kelab tersebut sehari sebelum menjadi cameo istimewa dalam persembahan Christmas Day halltime oleh Beyonce yang menyaksikan pertarungan di antara Texans - Ravens di stadium NRG.
Brown mendakwa penyanyi itu telah memberinya tips sebanyak $20,000 (RM90,000), lapor Music Mayhem seperti dipetik People.
“Terpaksa bekerja pada malam Hari Natal dan saya sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan anak untuk bekerja. Hidup sangat sukar kebelakangan ini.
“Tapi Tuhan menghantar keajaiban buat saya di malam Krismas. Kehadirannya sahaja sudah menjadi satu kejutan apa lagi menerima sesuatu yang diluar jangkaan.
“Seorang penyanyi yang sangat merendah diri telah mengubah nasib saya. Saya selamanya bersyukur, terima kasih Austin (Austin adalah nama sebenar Malone, Austin Richard Post).
“Saya tidak akan melupakan malam yang indah ini,” katanya Brown.
Wanita yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun itu juga memberitahu perancangan bagaimana dia akan menggunakan duit yang diberikan pelantun Sunflower itu.
“Dengan tips yang diberi saya sekurangnya boleh gunakan untuk membayar sewa dan sebahagian disimpan.
“Saya juga akan cuba menyimpan untuk perniagaan jadi tidak perlu lagi melakukan dua pekerjaan sehari,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024