Hiburan

Ibu Zarina Zainuddin Meninggal Dunia - “Last Saya Mesej Malam Tadi”

Khairil Khusyairi
04/12/2024
02:30 MYT
Sponsor Banner
Ibu Zarina Zainuddin Meninggal Dunia - “Last Saya Mesej Malam Tadi”
Pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan ibunya, Zahura Abdul Mutalib telah meninggal dunia pada awal pagi Rabu.

Meninggal Lepas Subuh

Berita duka itu dikongsi Zarina di Instagram (IG) yang memaklumkan ibu tersayang menghembuskan nafas terakhir selepas waktu Subuh tadi.

“Assalamualaikum mak saya Zahura binti Abdul Mutalib baru saja meninggal dunia selepas subuh pagi ni,” kongsinya.

Zarina turut memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan ibunya itu adalah pada jam 2 pagi tadi selepas selesai penggambaran.
“Tolong doakan mak saya semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh dan beriman.
“Arwah akan dimandi, disolat dan dikebumikan di Ipoh,Perak.

“Last saya bermesej dengan mak saya malam tadi waktu saya balik dari shooting jam 2.30 pagi. Al fatihah,” tutupnya.

Jenazah ibunya itu akan dikebumikan di Ipoh, Perak hari ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024