Hiburan
"I'd Never Pick Visibility Over Exclusivity & Quality .." - Fazura Bakal Kembali Dalam Dunia Lakonan
Pelakon dan penyanyi Fazura meluahkan rasa rindu kerana sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.
Menurut Fazura dia seorang yang mencari sebuah naskah yang terbaik serta mementingkan kualiti lakonan, justeru dia memperlahankan pergerakan dalam bidang terbabit.
"I know it's been a while since you've seen me on screen, but you also know me too well to understand that I'd never pick visibility over exclusivity and quality.
"It has also been my principle to work quietly and not loudly," tulisnya.
Tambah pelakon filem J Revolusi ini, dia turut memberi gambaran bakal mengeluarkan sesuatu yang menakjubkan pada bulan September ini.
"Rest assured darlings, I am brewing some amazing things. InsyaAllah and a new feature film will be coming to you and this September 2019!
"I miss you too and I love you! Stay tuned," tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya faham dengan prinsip Fazura malah tidak sabar menanti kemunculannya menerusi drama mahupun filem.
Fazura mula aktif di industri hiburan pada tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.