Hiburan
Idzham Ismail Sudah Sah Bercerai & Tidak Akan Dirujuk Kembali - “Jawab Dengan Allah…”
Pelakon Idzham Ismail memaklumkan dia sudah sah bercerai dengan bekas isterinya, iaitu Siti Nur Abilah Shamsudin.
Menerusi perkongsian di Instagram, Idzham atau nama sebenarnya Muhammed Idzham Ismail, 36, berkata lafaz cerai dilakukan di mahkamah itu adalah sah.
Bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan drama Andai Itu Takdirnya, menjelaskan dia tidak akan rujuk kembali bersama bekas isterinya itu.
“Salam, mahkamah putuskan kami sah bercerai. Tidak akan dirujuk. Pesan saya, Allah ada, Jawab dengan Allah untuk segalanya dibuat,” katanya menerusi Instagram Story.
Sekadar info, Idzham Ismail mendirikan rumah tangganya bersama Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016.
Hasil dari perkahwinan mereka, pelakon itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7 tahun dan Muhammad Idrus, 4 tahun.