Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ifa Raziah Sebagai Mak Pengantin, Nadia Brian Jadi Pengapit, Yassin Senario Payung Silat, Ini 10 Corat Coret Sepanjang Majlis Persandingan Fuad Rahman & Tom

Shahrin Zulkifle 08/03/2023 | 13:00 MYT

Penyatuan dua hati pasangan penyanyi Fuad Rahman dan Tom berlangsung dengan penuh romantis dan meriah pada 5 Mac lalu di Stadium Pasir Gudang, Johor.

Hampir 2000 tetamu yang terdiri daripada keluarga, sanak-sanak saudara, rakan selebriti dan orang awam yang hadir memeriahkan majlis yang diadakan seawal 2 petang.

Gempak secara eksklusif dijemput menjadi saksi hari bahagia pasangan mempelai Fuad Rahman dan Tom yang berlangsung di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru.

Berkesempatan meluangkan masa bersama tetamu sepanjang majlis berlangsung, kami ingin kongsikan 10 corat coret yang berlaku di dalam kemeriahan majlis pasangan itu.

1. Perkahwinan bernilai RM1 juta ditaja sepenuhnya oleh pihak Star Vendors. Malah resepsi tersebut juga lain daripada lain apabila diadakan di acara Foodstival anjuran Star Vendors buat pertama kali.

2. Diraikan oleh 2000 tetamu yang hadir. Sambil menyaksikan resepsi berlangsung penuh warna warni itu, tetamu juga berpeluang untuk membeli belah di 300 buah booth yang dibuka.

3. Pemilik jenama Star Vendors, Datuk Ifa Raziah menjadi ‘mak pengantin’ pada resepsi tersebut. Sibuk melayan tetamu yang datang untuk menjamu selera dengan hidangan nasi minyak.

4. Persandingan bertambah meriah dengan persembahan daripada penyanyi lagenda Ameng dari kumpulan Spring. Ameng belanja pengantin dan penonton sebanyak dua buah lagu.

5. Pasangan mempelai turut tidak melepaskan peluang untuk payung suara mereka yang padu dengan menyampaikan dua buah lagu secara duet iaitu lagu Kehebatan Cinta dan Dipenjara Janji.

6. Pengapit kepada pengantin perempuan bukan biasa-biasa, apabila pelakon jelita Nadia Brian menjadi pengapit dan berada di sisi Tom sepanjang resepsi berlangsung.

7. Dua orang jejaka tampan yang membawa bunga manggar sebenarnya pempengaruh media sosial yang juga pasangan kembar adik beradik iaitu Imnarul Effendy dan Izkandar Effendy.

8. Menceriakan acara persandingan apabila pelawak Yassin Yahya dari kumpulan Senario membuka langkah silatnya. Namun pertunjukan silat tersebut bertukar menjadi momen lucu apabila Yassin memasukkan elemen kelakar seperti step kejung badan.

9. Sebelum pasangan dibawa ke pentas utama untuk duduk di atas pelamin yang indah, mereka terdahulu telah dibawa berarak sepanjang booth di acara Foodstival sepanjang 150 meter sambil diiringi paluan kompang.

10. Selain kek perkahwinan setinggi lima tingkat, ada juga kek yang dihasilkan daripada pulut kuning yang dihiasi dengan telur puyuh dan serunding. Bertambah sweet apabila pasangan mempelai saling suap menyuap kek pulut kuning tersebut.

#Kahwin #Gegar Vaganza #Perkahwinan #Ifa Raziah #Nadia Brian #Yassin Senario #Wedding #Star Vendors #Corat Coret #GV9 #Tom #Fuad Rahman
;