Laman Utama
Ifa Raziah Tidur 2 Jam Sehari, Risaukan Festival Raya StarVendors! - "Kalau Tidur Pun Asyik Fikir Fasal..."
Tak mudah bagi penganjur acara festival raya StarVendors, Ifa Raziah untuk menghela nafas lega selagi acara masih berlangsung sampai Isnin depan.
Kata Ifa, pelbagai perasaan terbit dalam dirinya termasuk kebimbangan dalam segala aspek. Hal itu secara tidak langsung menjejaskan waktu rehat Ifa yang cuma punyai masa 2 jam untuk melelapkan mata.
"Mengadakan sebuah acara yang berlangsung selama berjam-jam ini, saya sudah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Lebih lagi ini bulan Ramadan, memang perlu tenaga yang lebih.
"Saya tidur maksimum hanya dua jam setengah sahaja sehari paling lama. Kalau tidur pun asyik fikir pasal kerja, memang dalam kepala otak ini kerja. Mungkin kerana saya risau atau khuatir dan perasaan bercampur baur.
"Sebulan sebelum event memang tak akan ada mimpi indah. Nak jaga hati pengunjung, client, vendors supaya semua atas plan yang dirancang. Bukan setakat acara StarVendors raya sahaja, apa-apa acara yang saya anjurkan memang saya akan hadapi itu," kongsinya.
Ifa yang juga Ketua Pengarah Eksekutif StarVendors bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila melihat sambutan luar biasa dari peminat sejak hari pertama pintu festival dibuka.
"Alhamdulillah, pengunjung yang datang tidak putus-putus. Sambutan yang diberikan oleh peminat sangat memberangsangkan.
"Walaupun hari pertama hujan lebat, saya tetap berdoa pada Allah minta urusan dipermudahkan. Nak ramai-ramai yang datang dan meriahkan acara StarVendors.
"Saya ingin tiada orang, sekali saya turun tengok di pintu masuk, mengucap panjang saya lihat ramai sangat orang dah beratur, memang tak sangka betul. Marketing yang team saya buat sampai kepada semua, tak sia-sia habis jutaan ringgit," tambahnya.