Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

IJN Berjaya Lakukan 2 Pemindahan Jantung, Bukti Masih Ramai Penderma Organ Diperlukan!

Amri Hassan 14/03/2024 | 04:40 MYT
Kejayaan Institut Jantung Negara (IJN) melakukan dua pemindahan jantung melibatkan remaja belasan tahun membuktikan keperluan kritikal untuk peningkatan penyertaan penderma organ di Malaysia.

BERITA TRENDING: Guna Jantung Babi Untuk Teruskan Hidup, Drama Si Jantung Hati Tampil Jalan Cerita Unik

IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim berkata, kejayaan melakukan pemindahan jantung dua remaja itu amat bermakna selepas ia terhenti akibat kekurangan penderma organ.
“Kami berbangga meraikan dua kemenangan perubatan ini, terutamanya selepas terhenti dalam pembedahan pemindahan kerana kekurangan penderma organ.
“Kejayaan ini juga membuktikan kekuatan komuniti kita. Kami berterima kasih kepada pelbagai pihak yang telah membantu kami mengubah kehidupan pesakit muda ini, termasuk Kementerian Kesihatan, Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.
Sementara itu, Pengerusi IJN Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan atas sokongannya terhadap Program Jantung, Pemindahan Paru-paru dan Jantung Mekanikal IJN.
“Sokongan dan geran kementerian untuk program ini telah memberi manfaat kepada 77 pesakit setakat ini.
"Kami berharap kerjasama ini terus membantu kami menawarkan peluang menyelamatkan nyawa untuk lebih ramai pesakit, dan amat mengalu-alukan potensi perkongsian dengan sektor korporat untuk tujuan ini juga,” katanya.
Kedua-dua pesakit itu, yang berusia lewat belasan tahun, menerima pemindahan jantung mereka pada Januari lalu dan semakin pulih selepas pembedahan.
Kedua-dua pesakit, Muhammad Farhan Irfan Mohd Razif, 19, dan Daniella Kang, 18, telah didiagnosis dengan non-ischaemic dilated cardiomyopathy, penyakit otot jantung yang meregangkan dan menipiskan ruang jantung.
Ini menjadikan jantung lebih sukar untuk mengepam darah ke seluruh badan dan kadangkala boleh menyebabkan kegagalan jantung.
IJN memulakan Program Jantung, Pemindahan Paru-Paru dan Jantung Mekanikal pada tahun 1995 dengan sokongan KKM.
Program itu menyaksikan pencapaian pertamanya pada tahun 1997 dengan pakar IJN melakukan pemindahan jantung pertama di Malaysia.

PILIHAN PEMBACA: Lakonkan Watak Penerima Implant Jantung Babi, Syarul Ezani; "Saya Sendiri Banyak Berfikir ..."

BERITA TRENDING: Sanggup Tukar Jantung Babi Untuk Teruskan Hidup? Siti Hariesa; "Kalau Keadaan Terdesak ..."
#Viral #IJN #Derma #Jantung #Remaja #Institut Jantung Negara #Organ #Heart Transplant
;