Hiburan
Ijoy Gian Main Golf, Sharifah Shahirah Jadi Caddy - Video Suami Isteri Ini Memang Menghiburkan!
Bila suami dan isteri sentiasa sabar dengan karenah masing-masing, pastinya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung ketika ini menjadi lebih menyeronokkan.
Selain dapat menghabiskan masa terbaik dengan keluarga, suami isteri juga dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang sesama mereka.
Itulah yang terjadi kepada pasangan Ijoy Azahari dan Sharifah Shahirah yang sering berkongsi kisah bahagia di sosial media.
Ijoy yang sememangnya gemar bermain golf pastinya ingin melepaskan 'gian' dan Shiera turut mengikut kehendak suami tersayang.
Dalam satu video pendek yang dikongsikan di Instagram milik Shiera, dia belajar menjadi 'caddy' dalam situasi sebenar.
Video tersebut memaparkan Ijoy bermain golf di halaman rumah mereka dan Shiera menjadi pembantu kepada suaminya itu.
"Laki bini pun bodo. @ejoyazari Oooo baru tau. Cari bola golf kena jalan.
"Jalan.. Jalan dengan caddy. Lepas PKP jangan terkejut I pandai main golf," seloroh Shiera yang mendapat pelbagai komen daripada teman selebriti.
Sharifah Shahirah yang merupakan pelakon, pengacara dan penyampai radio berkahwin dengan Ijoy Azhari atau nama sebenarnya Zulkifli Azahari yang juga merupakan seorang pelakon pada tahun 2003.
Pasangan tersebut dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Airell, Airra, Auddra dan Adeena.