Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ika Nabila Geram Perangai Selfish Tak Ada Akal! - “Selamba Penuhkan Lift Biarkan Orang Tua, Ibu Hamil Tunggu Lama”

Mya Amri 27/12/2023 | 03:55 MYT

Pelakon, Ika Nabila kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang mengambil mudah tentang kemudahan lif terutamanya terhadap golongan memerlukan.

Ika meluahkan kekesalannya itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Ika, masyarakat seharusnya mempunyai kesedaran sivik dan memberikan keutamaan kepada warga emas serta wanita hamil untuk menggunakan lif terlebih dahulu.

“Masyarakat perlu didedahkan dengan kesedaran sivik begini terutamanya mereka yang buta peghot. Ya nampak simple tapi menyusahkan ramai pihak.

“Bila saya ingat balik brader tadi gelak-gelak tengok orang tengah beratur tunggu lift sebab dia cepat-cepat masuk lift obviously dia sihat walafiat dan boleh je jalan ke escalator memang buat aku panas hati. Eh entah la.

“Dah banyak kali jumpa orang selfish macam ni selamber penuhkan lift dan biar orang tua dengan wheelchair, parents dengan strollers, ibu hamil tunggu lama depan lift macam ni.

“Tapi kali ni memang marah betul sebab si bahalol tu gelak-gelak siap perli orang yang menunggu,” tulisnya.

A post shared by Ika Nabella (@ikanabella)

Malah kata Ika, perbuatan itu juga boleh disifatkan sebagai tiada akal kerana menyusahkan ramai pihak.

“Bodoh is an understatement. Itu memang tahap tak ada akal. Brader baju merah usia 40an yang memerli saya si SOGO KL tadi awak sepatutnya belajar pendidikan sizik di sekolah atau tak pernah ke sekolah?

“Malu lah tengok tua bangka tak ada akal, buta perut macam tu. Eh bencinya aku dekat orang selfish bongok macam ni. Ha kann hilang sabar sungguh,” luahnya.

BERITA TRENDING: Isu Lif & Stroller: “Dalam Tu Penuh Muda Mudi Bercinta, Kita Ni Tercongok Tunggu!“ - Ramai Ibu Bangkit Kongsi Pengalaman

Terdahulu, kejadian yang sama juga pernah diluahkan oleh seorang ibu hamil sehingga menjadi tular tahun lalu.

Wanita itu menyatakan rasa kecewa apabila ramai pengunjung menggunakan lif tanpa memikirkan kepentingan golongan yang lebih memerlukan.

Disebabkan sikap sambil lewa dan pentingkan diri menyebabkan para ibu yang membawa stroller dan golongan berusia terutamanya menerima tempias.

#Ika Nabila #Ibu Hamil #Tular #Lif #Isu Lif #Kesedaran Sivik
;