Laman Utama

Ikon Hijabi Hana Tajima Secara Rasmi Mengaku Tidak Lagi Bertudung

Izwan Isa
16/11/2021
08:50 MYT
Sponsor Banner
Ikon Hijabi Hana Tajima Secara Rasmi Mengaku Tidak Lagi Bertudung
Suatu ketika dahulu, nama Hana Tajima begitu kerap diperkatakan dalam kalangan kaum wanita.
Hal ini kerana, selain berdarah kacukan Inggeris-Jepun, gaya pemakaian hijab Hana yang bersifat eksentrik juga memberi pengaruh besar dalam kalangan masyarakat dunia.
Namun, menerusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini, Hana yang juga merupakan seorang pereka fesyen memberitahu yang dia secara rasminya tidak lagi mengenakan hijab.
“Jadi inilah saya… Sukar untuk saya bincangkan hal ini, dan saya berbolak balik tentangnya, tetapi izinkan saya meletakkan semuanya di sana. Apabila saya menutup rambut saya, saya tidak selalu menutup telinga atau leher. Saya tidak selalu menutup rambut saya. Saya tidak selalu menutup rambut saya sepenuhnya.
“Mencari keseimbangan saya dengan hijab bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi saya fikirkan tentang hal itu saban waktu.
“Saya boleh faham kenapa model hijabi di media sosial memutuskan untuk berhenti bertudung. Kamu mengundang begitu banyak tekanan. Kesempurnaan yang sentiasa diteliti. Sehinggakan kamu mula bertanya, ‘Adakah saya hanya melakukan ini untuk memastikan orang lain gembira?’ Ia tidak mudah.
“Lebih-lebih lagi jika kamu tinggal di negara yang mempunyai stigma terhadap wanita bertudung. Begitupun saya sukakan selendang saya, dan saya sedang belajar untuk menyukainya sekarang kerana ia bukan lagi kostum atau sebahagian daripada identiti luaran, dan lebih merupakan sebahagian daripada diri saya,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Hana turut menulis yang dia sentiasa menghargai dirinya dan mengalihkan fokus terhadap pendapat yang mengatakan tudung sebagai kayu pengukur kepada kebaikan.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada Hana dan mendoakan Hana terus mencapai kebahagiaan dan kebaikan.
Lahir di England, Hana mula mengenali agama Islam ketika dia menyambung pelajaran di kolej. Ketika itu, dia tertarik dengan larangan terhadap aktiviti minum arak yang disebut dalam Al-Quran. Hana berpendapat manusia boleh berasa gembira tanpa perlu berparti dan minum minuman keras. Hana kemudiannya memeluk agama Islam pada usia 18 tahun.
Sepanjang bergelar ikon hijabi, nama Hana menjadi sebutan dalam kalangan wanita Islam di seluruh dunia, selain pernah mengeluarkan selendang rekaannya bersama jenama-jenama fesyen terkenal.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar