Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Ikut Kalendar Cina, Makan Blueberry...Makan Semua Yang Asid-Asid" - Nourul Depp Tunai Hasrat Suami Nak Anak Perempuan

ZULHILMI JALIL 01/05/2020 | 04:54 MYT
Penyanyi Nourul Deep mendedahkan bahawa dia sebenarnya mengambil masa yang agak lama sebelum bersetuju untuk melalui proses mengandung lagi selepas sudah dikurniakan tiga cahaya sebelum ini.
Bagaimanapun, kata Nourul, 43, dia kemudian terpaksa akur apabila suaminya, Eric Daniel Depp, memujuknya untuk memiliki anak perempuan dalam keluarga mereka.
"Rancang dari tahun 2017. Suami kami punyalah dok pujuk. Mei 2018 baru kami setuju. Kasihan kat dia nak anak perempuan juga.
"Rancanglah bukan main dari Mei 2018 tu. Ikut kalander Cina, makan blueberry sebab nak anak perempuan. Makan semua yang asid-asid.
"Alhamdulillah, awal September dapatlah berita positif kami mengandung anak dara kenit ni," kongsi Nourul yang membuka cerita mengenai perjalanan dirinya mengandung anak bongsunya, Isabella Depp.

Kejadian #isabelladepp . Plan dari tahun 2017. Suami kami punya lah dok pujuk. Mei 2018 baru kami setuju. Kesian kat dia nak anak pompuan jugak . . Plan lah bukan main dari mei 2018 tu. Ikut kalendar cina, makan blueberry sebab nak girl. Makan semau yang asid2. . Alhamdulillah awal september dapat lah berita positif kami mengandung anak dara kenit ni . Tu pun ingat dah tak jadi. Sekali Alhamdulillah Allah bagi rezeki. . Mengandung isabella; kami happy lagu mana tak tau. May be sebab umuq kot. 42 tahun lebih matang. Rasa lahu masa kali mengandung. Dah beranak pun, rasa laju jugak dia dah besaq. Sampj kami confused tahun bila kami pregnant ?? . Jatuh tergolek dog dua kali dengan isabella ni. Satu kat salji. Satu kat tumah masa perut dah 33 minggu. Allah bagi nasib baik takdak apa berlaku. . Sat lagi sambung dalam post satu lagi. Throwback kami jatuh masa mengandung kat dia ? . Alhamdulillah kami ada 2 anak perempuan. 2 anak lelaki. Oi. 4 oi anak kami!!!??? . #isabellaturns1 #deppfamily #thedepps #firstdeppgirl #deppgirl

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Nourul berkongsi pengalamannya itu sempena sambutan ulang tahun pertama Isabella yang disambut semalam, 30 April.
Cerita Nourul lagi, kehadiran anak bongsunya tatkala usianya sudah mencecah 42 tahun benar-benar memberikan kegembiraan buat dirinya sekeluarga.
"Itu pun ingat dah tak jadi. Sekali Alhamdulillah, Allah bagi rezeki. Jatuh tergolek dua kali dengan Isabella ni, sekali kat salji, sekali kat rumah masa perut dah 33 minggu. Allah bagi, nasib baik tak ada apa berlaku.
"Alhamdulillah, kami ada dua anak perempuan, dua anak lelaki. Empat oii anak kami," kongsinya di Instagram.
Sebelum ini, Nourul dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah, 22, menerusi hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer Ajai pada 1996 sebelum mereka bercerai pada 2007.
Menerusi perkahwinan keduanya dengan usahawan Perancis, Eric, pada 2012, pelantun lagu Kerana Terluka itu mempunyai dua anak lelaki, Zachary Depp, 6, dan Raphael Depp, 4.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Nourul Depp #Baby Girl #Isabella
;