Laman Utama

“Ikut Sahaja Arahan, Bukan Kali Pertama Kita Beraya Dalam PKP…” – Muna Shahirah

Fiza Kamarudin
18/05/2021
05:53 MYT
Sponsor Banner
“Ikut Sahaja Arahan, Bukan Kali Pertama Kita Beraya Dalam PKP…” – Muna Shahirah
Penyanyi Muna Shahirah, meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir individu yang ingkar arahan dikeluarkan kerajaan untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Muna berkata, biarpun rasa rindu terhadap suasana berhari raya seperti sebelum negara dilanda pandemik Covid-19, namun demi memutuskan rantaian, rakyat sepatutnya tidak ingkar.
“Saya mengaku sangat rindukan suasana beraya macam dulu-dulu. Sekarang ini hari raya kita dah tak meriah.
“Tahun lalu, walaupun PKP dijalankan kita semua masih boleh berziarah dalam radius ditetapkan tetapi kali ini disebabkan peningkatan kes kita terpaksa duduk di rumah.
“Kalau ikutkan rasa memanglah bosan tetapi SOP ini adalah untuk kebaikan kita bersama, kita pun tak nak kes semakin meningkat. Patuh sahajalah.
"Lagipun ini bukan kali pertama...Rasanya ramai yang dah boleh terima dan faham situasi sekarang, cuma segelintir sahaja yang masih berdegil.
"Dan itu agak mengecewakan sedikitlah, kerana orang lain menahan rasa nak beraya dengan keluarga masing-masing,” katanya.
Tambah Muna tahun ini dia menyambut hari raya bersama keluarga di Mersing, Johor dan tidak pulang ke Pahang seperti kebiasaan.
“Rindunya nak jumpa atuk dan nenek serta saudara mara di sana. Berkumpul ramai-ramai dan sibuk buat persiapan sama-sama.
“Tapi apa boleh buat…PKP menghalang kita untuk berkumpul bersama sanak-saudara,” katanya sayu.
Dalam perkembangan lain Muna yang popular dengan lagu Teguh Setia dan Takdir Cinta, bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar