Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Ikut Trend Meme Terkini, Netizen Puji Admin RapidKL

Firdaus 22/03/2024 | 12:25 MYT

Konten-konten menarik serta lucu sering kali menarik perhatian ramai pengguna media sosial.

Dengan kreativiti serta penggunaan bahan-bahan lucu yang dikongsi ke media sosial mengikut peredaran masa, bukan sahaja individu, tetapi syarikat-syarikat ternama mampu menaikkan ‘brand’ serta memberi kesedaran terhadap orang ramai.
Tidak mahu terlepas ‘trend’ terkini, sistem pengangkutan RapidKL mendekati para warganet dengan ‘menghidangkan’ konten lucu dalam entri media sosial mereka.
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Instagram rasmi RapidKL, syarikat pengangkutan awam itu menggunakan ‘meme’ ataupun bahan lawak yang sedang hangat digunakan bagi mendapat reaksi positif ramai pihak.

A post shared by Rapid KL (@myrapidkl)

Dan tidak memeranjatkan apabila cara itu berjaya meraih perhatian serta pujian daripada netizen kerana pendekatan menghiburkan serta tidak membosankan dalam penyebaran informasi.
Antara komen yang diterima:
“Seseorang tolonglah naikkan gaji editor ni!”
“Hahaha kelakarlah!”
“Mantap admin pandai edit ikut trend!”
“Ternyata adminnya selucu ini, hahaha.”
Setakat artikel ini ditulis, posting oleh RapidKL itu berjaya meraih lebih 30,000 tanda suka dan hampir 500,000 tontonan di Instagram.
Sumber: Instagram

BERITA TRENDING: Ibu Biar Anak Makan Sendiri Sejak Berusia 6 Bulan, Netizen Luah Rasa Kagum

BERITA TRENDING: Pukul & Curang Dengan Isteri, Lelaki Ini Teruk Dihencap Netizen
#Viral #Komedi #Netizen #Lawak #Kucing #RapidKL #Kelakar #Meme #Lucu #Tren
;