TERKINI
Imbas Nostalgia Merdeka, Tonton Filem P.Ramlee & Patriotik Di Pawagam Ini
Bersempena bulan kemerdekaan yang bakal tiba, TGV dengan kerjasama Shaw Borthers akan menayangkan semula lima filem lakonan Tan Sri P.Ramlee.
Lima filem tersebut adalah Anakku Sazali, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, Ibu Mertuaku, dan Madu Tiga.
Malah, dua filem patriotik terbaru juga turut tersenarai iaitu Paskal dan Adiwiraku.
Usaha pateiotik ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘The Gemilang Vibes Campaign’.
Filem-filem lagenda ini akan ditayangkan bermula 24 Ogos hingga 16 September 2019.
Anda boleh menonton filem-filem ini di:
1. TGV KLCC
2. TGV Sunway Putra
3. TGV D’ Pulza
4. TGV AU2
5. TGV Bukit Indah
6. TGV Station 18
7. TGV Gurney Paragon
Tiket wayang dijual pada harga istimewa iaitu RM7 untuk setiap filem yang berada di dalam kempen ini.
Peminat-peminat lama dan baru filem P.Ramlee dapat menonton karya-karya agung P.Ramlee dengan merasai sendiri pengalaman datuk moyang terdahulu menonton wayang.
Must-Watch Video