Impian Jadi Kenyataan! Nelydia Senrose Menangis Tonton Konsert Beyonce Di London - “Lagu Jiwa Remaja Saya Masa Umur…”
Pelakon Nelydia Senrose sanggup terbang ke London bagi menyaksikan konsert Beyonce Renaissance World Tour yang berlangsung di Tottenham Hotspur Stadium London.
Menerusi perkongsian di Instastory, Nelydia teruja sehingga mengalirkan air mata sepanjang menonton persembahan penyanyi antarabangsa kegemarannya, Beyonce secara langsung.
Nelydia turut menganggap ia pengalaman yang sangat bermakna buatnya memandangkan semua lagu nyanyian Beyonce merupakan ‘playlist’ ketika zaman remajanya.
“Saya betul-betul menangis sepanjang persembahan terutama lagu ini. Lagu jiwa remaja saya masa umur 16 tahun! Mengembalikan banyak kenangan dan emosi.
“Unreal. My jam dan mendengar dia menyanyi secara langsung bagi saya adalah sudah semestinya impian menjadi kenyataan,” kongsi Nelydia.
Nelydia juga memuat naik beberapa video memperlihatkan keterujaannya dari awal sampai ke stadium sehinggalah menonton persembahan Beyonce.
Selain Nelydia, pasangan selebriti Ernie Zakri dan suami tercinta iaitu Syamel turut berada di lokasi yang sama untuk menonton konsert penyanyi antarabangsa itu.