Laman Utama

“Indah Khabar Dari Rupa…” – Wanita Dakwa Pencarian Wajah Baru Rizman Ruzaini Hijab Hanya Scam?

Shahrin Zulkifle
06/07/2022
15:00 MYT
Sponsor Banner
“Indah Khabar Dari Rupa…” – Wanita Dakwa Pencarian Wajah Baru Rizman Ruzaini Hijab Hanya Scam?
Usai sahaja majlis sambutan ulang tahun pertama Rizman Ruzaini (RR) Mono Scarves pada Sabtu lalu, timbul pula dakwaan pereka fesyen itu kononya menipu beberapa pihak.
Berdasarkan satu ciapan yang dimuat naik di Twitter, seorang individu berkongsi cerita mengenai kehadirannya di ujibakat yang dijalankan oleh pihak RR untuk mencari wajah baru hijab itu adalah sekadar bertujuan mengumpulkan crowd sahaja.
“Saya nak kongsi pengalaman saya masuk audisi ‘New Face of Rizman Ruzaini’ pada 25 Jun yang lalu.
“Posting ujibakat tiada spesikifasi yang ditetapkan, hanya masa, tarikh, tempat dan jumlah kemenangan RM 10,000 sahaja yang dimaklumkan.
“Jadi pada hari kejadian peringkat umur yang datang dari pelbagai lapisan termasuklah pensyarah, makcik-makcik dan ramai lagi.
“Ujibakat tersebut hanya berlaku dengan cepat, memperkenalkan diri dan latar belakang kemudian terus menerima kad tahniah memaklumkan kita berjaya.
“Kemudian beberapa hari berikutnya kami menerima mesej ringkas dimaklumkan ke semua peserta ujibakat perlu menghadiri majlis dengan dress up cantik dan mereka kata perlu memakai hijab jenama RR juga sebabnya pada majlis itu mereka akan umumkan sekali pemenangnya.
“Sehingga ada yang pada saat akhir terpaksa membeli hijab RR untuk majlis itu.
“Bila tiba hari kejadian, kami para peserta sampai disitu dan terus bertanya kepada krew yang bertugas apa yang perlu dilakukan, mereka berkata tidak perlu buat apa-apa, hanya tonton dan tunggu sahaja pengumuman.
“Kami yang hadir tunggu dan berdiri di situ, tahu-tahu pemenang diumumkan, kami beramai-ramai dibawah ibarat crowd yang memeriahkan majlis sahaja. Tiada sebarang makluman tentang senarai pendek ataupun notis kehadiran kami untuk hadir dan bergambar bersama sebagai appreciation post.
“Peserta pun pulang begitu sahaja. Tektik marketing mereka jadikan kami crowd untuk hadir pada sambutan itu sangat bernas. Apa-apa pun pada saya ini pengalaman yang sangat kelakar, tak semua indah khabar dari rupa,” luah individu terbabit menerusi satu rantaian Tweet.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Instagram pereka fesyen terkenal itu, terlihat satu komen balas yang dijawab RR mengenai isu yang berbangkit itu.
“Pemenang telah dipilih daripada yang hadir ke casting kami. Daripada 100 kami memilih 40 untuk sesi fotografi, kemudian top 6 untuk sesi semifinals dan pemenang telah dipilih daripada top 6,” balas RR ringkas.
Pada Sabtu lalu, telah berlangsung sambutan ulang tahun pertama RR Mono Scarves yang berlansung di Pop-up Store RR Hijab di hadapan Pavilion, sambutan ini juga turut mengumumkan pemenang Face of RR Hijab yang akan membawa pulang wang tunai beserta kontrak bersama jenama RR bernilai RM10,000.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar