Viral
Individu Baik Hati Tumpangkan Warga Asing Pergi Solat Jumaat, Tapi Netizen Pula Persoal Bau Badan… Tuan Badan Bersuara - “Terpaling Wangi Ni Sanggup Ke Nak Jalan Kaki?”
Tular di media sosial baru-baru ini sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menumpangkan tiga orang warga asing ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.
Baik Hati Tumpangkan Ke Masjid
Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Suffian itu berhati mulia dengan memberhentikan keretanya untuk menumpangkan empat sekawan warga asing tersebut ke masjid kerana hujan lebat.“On the way solat Jumaat, tumpangkan empat sekawan sebab hujan lebat,” kongsinya.
Seloroh Minta Duit Tambang
Namun apa yang menjadi perhatian adalah Sufian sengaja berseloroh dengan meminta wang tambang sebanyak RM40 daripada 4 sekawan tersebut.“Berubah muka masing-masing bila minta duit,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian kelakar tersebut.
“Bangla ni jangan pandang sebelah mata kat diorang. Ada banyak diorang ni yang hafaz al-Quran tau. Tengok je macam tu,” komen netizen.
“Terus trauma lepas ni siapa ajak tumpang, sanggup jalan kaki,” seloroh netizen.
“Masing-masing duit tak bawa. Mana tak pucat,” tulis netizen lagi.
Netizen Persoal Bau Badan
Namun, ada juga yang mepersoalkan isu bau badan 4 sekawan tersebut ketika menumpang kereta Suffian.
Elak Rasa Diri Mulia
Meleraikan persoalan tersebut, Sufian menepis tanggapan buruk sesetengah netizen yang mempersoalkan isu bau badan itu.
“Alahai. Bab mencari kekurangan orang, nombor satu. Macamlah diri tu dah sempurna sangat.
“Kita yang kononnya terpaling wangi ni sanggup ke nak jalan kaki tengah panas, redah hujan untuk ke masjid? Masjid pula bukan dekat ya.
“Elakkan berasa diri sendiri lebih mulia dari orang lain. Barangkali yang kita pandang hina itu lebih mulia disisi Allah,” jelasnya.