Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Individu Bangangkan Haqiem Rusli & Isteri ‘Dibantai’ Netizen: “Tak Suka Boleh Keluar”

Izwan Isa 25/10/2023 | 23:50 MYT
Seorang individu menerima kecaman daripada pengguna media sosial apabila melontarkan perkataan kurang molek pada penyanyi Haqiem Rusli dan isterinya Anis Sofea.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan oleh Anis di Instagram, individu tersebut meninggalkan komen: “Bangang nak mamp*s”
Pada komen berkenaan, ramai dalam kalangan netizen membidas dan menyelar kembali tindakan individu tersebut yang dianggap biadap.

A post shared by ???? ????? (@anissofeaaz)

Ada dalam kalangan netizen membela pasangan berkenaan dan menasihati individu tersebut supaya menjaga adab ketika berada di ‘rumah’ orang.
“IG dia suka hati dia lah nak post apa. Awak pun tak ada siapa halang nak post apa-apa dekat IG sendiri. Masuk rumah orang jagalah adab. Tak suka boleh keluar. Block je Sofea ni,” tulisnya.
Terdahulu, Anis menerima kritikan kerana mengambil keputusan untuk membuka tudung selepas tidak beberapa lama mendirikan rumah tangga dengan Haqiem.
Untuk rekod, Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.
BACA: “Suami Penat Cari Duit, Jaga Nama Baik…” - Isteri Haqiem Ditegur, Netizen Mohon Jangan Pakai Kain Terbelah, Baju Nampak Dada​
BACA: “Saya Tak Pernah Kecam Orang Tapi Ini Memang Bodoh” - Haqiem Rusli
BACA: "Doakan Untuk Kami Yang Baik-Baik Saja" - Haqiem Rusli​
#Haqiem Rusli #Anis Sofea
;