Viral

Influencer Amalina Jasmin Pernah Kena Body Shaming, Masalah Muka Berjerawat - "Saya Berhabis Sampai RM300 Sebulan Demi ..."

Amri Hassan
16/12/2024
18:45 MYT
Sponsor Banner
Influencer Amalina Jasmin Pernah Kena Body Shaming, Masalah Muka Berjerawat - "Saya Berhabis Sampai RM300 Sebulan Demi ..."
Pempengaruh media sosial, Nur Amalina Jasmin, mendedahkan pernah mengalami episod body shaming ketika awal kemunculannya sekitar tahun 2019.
Menerusi video reviu jenama pakaian di TikTok, Amalina yang memiliki badan yang sedikit berisi mendapat kritikan hebat hingga tular di media sosial.
"Video pertama saya pernah menerima kritikan ‘body shaming’. Orang cakap saya terlalu konfiden walaupun badan besar. Daripada kritikan yang saya dapat, saya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk terus yakin dan beri inspirasi kepada orang.
"Kalau tanya saya sedih ataupun tidak? Semestinya sedih pada awalnya. Namun, saya kena hadap sebab ini pilihan saya untuk tonjolkan diri kepada khalayak umum," katanya.
Sebagai pempengaruh yang aktif dalam bidang fesyen dan kecantikan, Amalina turut berkongsi mengenai cabaran kulit wajahnya yang pernah mengalami masalah jerawat serius dan breakout. Situasi ini, katanya, menjejaskan keyakinan diri.
"Masalah kulit buat saya stres. Bila muka breakout, saya tak boleh bersolek dan rasa kurang yakin untuk berjumpa orang. Jika muka tidak okey, saya hentikan ulasan produk kecantikan dan fokus pada fesyen dahulu.
"Saya tahu keperluan kulit saya. Kalau banyak jerawat, saya cari produk sesuai. Saya tak kisah berbelanja RM200 hingga RM300 sebulan kerana penampilan itu penting," tambahnya.
@amalinajasmin
I don’t talk about this often and people keep wondering why I chose this kind of life; so here’s the answer. Doa parents + usaha, and leave everything to Allah ??
♬ original sound - officialnohsalleh
Menurut Amalina, keluarganya banyak menyokong perjalanan kariernya.
"Sejak awal, keluarga sangat memahami. Saya bekerja secara freelance, jadi saya dapat bantu ayah yang sakit dan mengurus masa dengan lebih baik.
"Seminggu dua tiga kali saya kena bawa dia pergi hospital. Ayah saya seorang orang kelainan upaya yang menghidap penyakit diabetis. Dia perlu ke hospital setiap minggu untuk dressing luka. Apabila saya bekerja secara freelance, senang untuk saya menguruskan masa," katanya.

Jenama ‘The Pastels Shop’ dan Amalina

Menyelusuri perjalanannya sebagai pempengaruh yang signifikan dengan body positivity dan penjagaan kulit muka, Amalina turut berkongsi manfaat produk The Pastels Shop seperti Invisible Sunscreen dan Bakuchiol Solution yang digunakannya setiap hari.
"Produk ini mesra wuduk dan sesuai untuk kulit sensitif. Bakuchiol Solution pula pengganti kepada retinol yang lembut pada kulit."
Pengasas The Pastels Shop, Sarini Zainal, menjelaskan bahawa produk mereka dirumus khas untuk iklim Malaysia dan dijual pada harga mampu milik, bermula RM8.90 hingga RM89.
"Kami mahu mendidik pengguna tentang bahan kimia dalam produk dan memastikan keselamatan serta keberkesanannya," ujarnya.
Dilancarkan pada 2011, Pastels Community bertujuan menyebarkan ilmu kecantikan dan penjagaan kulit yang selamat kepada masyarakat. Sarini berharap komuniti ini dapat menjadi ejen perubahan dalam mendidik pengguna.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024