Terkini
Influencer Dakwa Dirinya Pejuang, Tak Menangis Ketika Dilahirkan! - "Aku Lahir Untuk Takluk 7 Benua"
Seorang pempengaruh TikTok baru-baru ini dikritik selepas menceritakan bagaimana dirinya lahir sebagai seorang pejuang yang sangat tabah (stoic) dan mahu menakluk dunia.
Menerusi hantaran itu, pempengaruh tersebut mendakwa bahawa dirinya tidak menangis semasa dilahirkan kerana berada di dalam keadaan stoicism.
“Aku lahir dengan stoicism, aku lahir aku tak menangis, aku lahir dengan stoic!
“Aku lahir dengan darah sebagai simbol perjuangan untuk takluk kehidupan, untuk takluk tujuh buah benua,” ujarnya.
BERITA TRENDING: "Takkan Lah Bodoh Sangat Aku Nak Patahkan Kunci!” - Pelanggan Carwash Dakwa Pekerja Tak Mahu…
Perkara itu meraih perhatian seorang Ahli Majlis Perubatan Malaysia di Platform X yang menyifatkan kenyataan dikeluarkan oleh pempengaruh itu mengarut dan tidak masuk akal.
“Dalam perubatan, keadaan fizikal bayi baru lahir kita akan guna APGAR score. Kalau lahir tidak menangis tu tak bagus ya, ada kemungkinan besar untuk buat resusitasi.
“Mengarut sangat kau ni! Stoic lah, perjuangan lah,” balas individu berkenaan.
Dalam pada itu, individu tersebut dalam hantaran lain turut mengesyorkan pempengaruh berkenaan supaya menjalankan pemeriksaan kesihatan mental demi mengesahkan sama ada kata-katanya yang selama ini dilontarkan hanya sebarang konten ataupun berkaitan masalah kesihatan.Dalam perubatan, keadaan fizikal bayi baru lahir kita akan guna APGAR score. Kalau lahir tidak menangis tu tak bagus ya, ada kemungkinan besar untuk buat resusitasiLahir dengan keadaan berdarah tu biasalah, you are not specialMengarut sangat kau ni. Stoic lah, perjuangan lah. https://t.co/sjycYn9GvL— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 20, 2024
Must-Watch Video