Laman Utama

Influencer Dakwa Tak Ada Anak Boleh Buat Wanita Awet Muda: “Anak Itu Beban”

Maliah Surip
13/02/2023
06:50 MYT
Sponsor Banner
Influencer Dakwa Tak Ada Anak Boleh Buat Wanita Awet Muda: “Anak Itu Beban”
Seorang influncer, Gita Savitri menjadi bualan hangat masyarakat Indonesia apabila mendakwa wanita yang sudah berkahwin dan memilih untuk memiliki anak akan menjadi awet muda.
Hal itu lantaran, wanita tanpa anak tidak perlu menerima gangguan seperti ibu rumah tangga lain. Ia termasuk dapat tidur yang cukup iaitu selama 8 jam dan tidak tertekan dengan jeritan anak anak di rumah.
Kenyataan itu disebutkan Gita sewaktu membalas komen yang ditinggalkan salah seorang pengikut yang mengatakan mahu menjadi awet muda sepertinya walaupun sudah berusia 30 tahun.
“Saya yang berumur 24 tahun pun kalah dengan Kak Gita, padahal sudah usia 30 tahun. Awet muda sangat ni,” kata pengikutnya.
Gita kemudian dilihat membalas: “Tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi awet muda.
“Anda boleh tidur lapan jam sehari dan tidak tertekan mendengar jeritan anak. Dan pada saat wajah berkedut, kita punya duit untuk melakukan botoks.”
Malah Gita melalui live bersama suaminya, Paul Andre Partohap baru baru ini tetap menegaskan untuk tidak mempunyai anak dan menyifatkan anugerah Ilahi itu sebagai beban.
"Iya, buat saya anak itu beban. Buat anda kan, bukan (tapi) anugerah. Buat saya beban sebab itu saya tidak mahu (punya anak).
“And there's nothing wrong with it (dan itu tidak ada salahnya), ujar Gita di sesi live Instagram seperti dilaporkan Detik.com.
Hal itu menimbulkan kontroversi dan disifatkan seperti menyindir wanita yang sudah berkahwin sekaligus menjadi ibu. Perempuan yang berasal dari Palembang itu juga dikatakan sombong dengan anugerah yang Tuhan berikan.
Sebelumnya, Gita dan suaminya membuat keputusan untuk childfree atau tidak memiliki anak pada 2021 lalu.
Malah ramai warganet mengatakan kenyatan itu sebagai salah apabila membandingkan Gita dengan dua aktres legenda tanah air mereka, Sophia Latjuba dan Wulan Guritno.
Sophia Latjuba yang kini berusia 52 tahun mempunyai dua anak perempuan, manakala Wulan Guritno yang berusia 42 tahun memiliki tiga orang anak.
Kedua dua wanita cantik dan disifatkan awet muda ini bagaimanapun kini bergelar janda.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar