Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Influencer Ini Dedah Cara Dapatkan Slot Papan Iklan Digital Di Times Square, New York Pada Harga Murah!

Izwan Isa 24/05/2023 | 07:50 MYT

Pempengaruh yang popular dengan video-video ulasan, Ivor, berkongsi cara dia mendapatkan slot papan iklan digital di Times Square, New York pada harga yang sangat murah.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Ivor menjelaskan yang dia mendapatkan slot iklan bagi tayangan video selama 15 saat hanya pada harga AS$40 (RM180) sahaja.
“Kita ingat billboard sangat mahal kan? Memang mahal, sebab satu hari dalam AS$5,000 (RM22,920) dan tergantung pada kandungan foto atau video. Jadi, ada beberapa syarikat yang bijak dan membeli slot untuk papan iklan digital berkenaan selama satu bulan. Kemudian mereka buka slot 15 saat kepada orang awam.
“Jika kita pecahkan harga sebulan iaitu AS$20,000 kepada slot 15 saat, ia hanya berharga AS$40 iaitu dalam RM180,” katanya.

A post shared by ivor xian z (@ivor_xianz)

Ivor memberitahu yang dia tidak kaya. Individu sebenar yang kaya ialah mereka yang beli slot papan iklan digital berkenaan selama sebulan dan menjual slot-slot kecil kepada orang awam.
Dalam pada itu, Ivor memberitahu yang dia merakam sendiri video iklan yang ingin dipaparkan di papan iklan digital berkenaan.
“Kamu hanya perlu muat turun aplikasi TSK dan pilih slot mana yang anda mahu sebab tak banyak orang booking.
“Muat naik video 15 saat anda dalam nisbah empat segi dan mereka akan review dalam satu jam. Video saya ditolak beberapa kali sebab kita tak boleh letak link website pada video berkenaan.
“Jadi nasihat saya untuk berada di depan billboard itu 15 minit sebelum slot anda sebab kalau kamu lambat seminit kamu akan kehilangan 15 second of fame kamu!”

#Billboard New York #Ivor
;