Viral

Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Di Indonesia Ketika Buat Aktiviti Paranormal

Khairil Khusyairi
05/02/2025
16:50 MYT
Sponsor Banner
Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Di Indonesia Ketika Buat Aktiviti Paranormal
Seorang influencer Malaysia dilaporkan hilang di dalam hutan di Bandung, Indonesia selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti paranormal di hutan tersebut.
Berita tergempar tersebut disahkan oleh rakan pempengaruh iaitu Ammar Nazhan yang juga mengetuai aktiviti tersebut di Instagram pada Isnin.
Menurut Ammar, pihaknya telah membuat pencarian dan laporan polis juga telah dibuat selepas 48 jam influencer yang dikenali Eyka itu hilang.
“Buat kali pertama kami live, talent Am hilang iaitu Eyka tidak dijumpa selama berjam-jam.
“Am akan uruskan ini dengan pihak luar sekiranya Eyka tak dijumpai lebih 24 jam,” kongsinya di Instagram pada Isnin.
Malah, Ammar memaklumkan pihak polis, tentera dan orang kampung juga terlibat dalam misi pencarian namun sehingga kini masih belum terima apa-apa maklumat.
Keluarga Eyka turut mengetahui berita kehilangan tersebut.
Kini, usaha mencari Eyka sedang giat dijalankan biarpun sudah masuk hari kedua.
Dalam pada itu, Ammar turut memohon semua untuk mendoakan agar Eyka segera ditemukan.
Terdahulu, tular di TikTok memaparkan rakaman video Ammar Nazhan bersama pasukannya yang menjalankan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024