Laman Utama

Influencer Tagih Hutang RM200,000 Dari 24 Tahun Lepas, Sumpah Anak Atta Halilintar Cacat Kalau Tak Bayar

Amri Hassan
07/09/2021
09:25 MYT
Sponsor Banner
Influencer Tagih Hutang RM200,000 Dari 24 Tahun Lepas, Sumpah Anak Atta Halilintar Cacat Kalau Tak Bayar
Seorang individu yang dikenali dengan nama Savas tampil menerusi sepotong video menuntut hutang dari YouTuber terkenal, Atta Halilintar.
Lapor Tribunnews, Savas mendakwa ibu Atta, Lenggogeni Faruk telah meminjam wang berjumlah RM200,000 pada tahun 1997 daripada individu bernama Umi Afif.
Savas menerusi sindiran menyatakan seandainya hutang itu tidak dibayar, dia risau sekiranya anak yang bakal dilahirkan isteri Atta, Aurel Hermansyah cacat.
"Jangan lupa langsaikan hutang ibunya ke Umi Afif. Semoga anaknya tidak dilahirkan cacat ya," katanya.
Bagaimanapun, Atta menjelaskan tidak mengetahui mengenai hutang yang dimaksudkan malah tidak percaya dengan khabar angin itu.
"Saya baru tahu, cara dia itu tidak benar, sudah salah.
"Saya tak tahu, tak kenal. Hutang apa? Saya tak tahu. Saya dari kecil diajar jangan berhutang," tegas Atta.
Sehubungan itu, Atta meminta Savas menyediakan bukti sahih menunjukkan keluarganya pernah berhutang dengan individu berkenaan.
Namun, Savas memberitahu tidak mempunyai sebarang bukti memandangkan wang tersebut diberikan secara tunai, tanpa gambar atau bukti hitam putih.
Justeru, Savas meminta keluarga Atta melakukan sumpah laknat agar pihak yang terbukti bersalah akan mendapat balasan dari Tuhan.
"Saya yakin keluarga Halilintar faham agama, jadi kalau mereka benar-benar tidak mengaku kita pun siap berdepan balasan.
"Kehancuran keluarga Halilintar atau kehancuran keluarga Umi Afif, kita bersedia, kita terbuka," kata Savas lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar