Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Ingat Saya Nak Hidung Macam Ni Ke? Dah Macam B*Bi Tonyok” - Zarina Zainuddin

Izwan Isa 03/01/2023 | 00:50 MYT

Gara-gara menerima puluhan pertanyaan daripada netizen yang mendakwa wajahnya telah berubah, pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin tampil memberi kenyataan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Zarina berkata, wajahnya ‘berubah’ selepas dia menjalani pembedahan pada bahagian wajah dan hidung bagi membuang cecair yang terkumpul akibat masalah sinus yang dihadapi.

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

“Sebenarnya saya ada masalah sinus dan migraine yang teruk… teruk sampai tahap macam nak buka tudung sebab dah tak larat sakit sangat kepala saya.
“Doktor dah buat operation dan dah keluarkan bendalir kat sini (bahagian bawa mata kiri). Kalau nampak ada kesan kat sini,” katanya sambil menunjukkan bahagian bawah matanya itu.
Melanjutkan bicara, Zarina berkata, bahagian hidungnya terpaksa ‘dibuka’ oleh doktor bagi membuang bendalir yang terkumpul.
“Dia buka hidung saya dan buang (bendalir). Ingat saya nak hidung macam ni ke? Hidung saya dah cantik dulu.
“Kalau siapa tak tahu menahu, jangan komen sesuka hati. Kau jumpa aku di akhirat. Ingat saya nak hidung macam ni ke? Macam b*bi tonyok saya rasa. Masih bengkak, so sabar jelah,” katanya.
Dalam pada itu, di ruangan kapsyen, Zarina turut memberitahu yang anaknya, Azal turut mengalami masalah serupa.
“Tapi saya tak sanggup nak operate dia sebab keadaan dia begitu… jadi dia cuma makan ubat sahaja.
“Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya tolong doakan saya. Sedapnya cakap… hati orang terluka korang boleh ketawa ya,” tutup Zarina.
Terdahulu, ramai antara pengikut Zarina yang mempersoalkan rupa wajahnya yang dianggap berlainan ketika menghadiri sebuah acara jualan di Singapura.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Zarina Zainuddin #Hidung #Wajah #Sinus
;