Laman Utama

“Ingat Saya Peduli?” - Bekas Kekasih Hilang Nak Perempuan Lain, Vida Sudah Move On

Azwa Rahman
02/12/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Ingat Saya Peduli?” - Bekas Kekasih Hilang Nak Perempuan Lain, Vida Sudah Move On
Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengakui sudah ‘move on’ dengan perihal hubungan percintaan yang tidak menjadi memandangkan bekas kekasihnya didakwa mencari wanita lain.
Menerusi platform TikTok, Vida berkongsi perkongsian video sedang gembira dan menari sebagai tanda dirinya sudah ‘move on’ daripada hubungan cintanya yang tidak menjadi.
“Tiba-tiba menghilang nak perempuan lain, ingat saya peduli? Move on,” tulis Vida di dalam video.
@datoserividaofficial♬ suara asli - Fitrah Baharudding - Fitrah_faito
Pada masa yang sama, lelaki yang dikaitkan dengan Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli dikhabarkan telah berhijrah ke negara jiran Indonesia untuk urusan kerja.
Di laman Instagramnya, Iqbal turut berkongsi pertemuannya bersama selebriti terkenal Datuk Rossa dan sedang berseronok dengan aktiviti berkaraoke dengan seorang wanita.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan sokongan kepada Vida untuk meneruskan kehidupannya meskipun berdepan kekecewaan bercinta.
Malah, ramai yang turut menitip pesan agar Vida mencari pasangan yang bersesuaian dan memberi tumpuan pada kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak.
@Fatin Filza Kamarudin:yes ... begitula dato .. baru la nampk macm dsv yg sebenar...move on ...yeay....”
@REBAIBARU87:yeahhh.. betul tu dato.. fokus pada Cik B dan Kacak je lagi bagus”
@pisang goyeng:Jadi dato dah nmpak kan sekarang, belum kawin lagi dah senang cari pengganti, nanti dah kawin macam mana... alhamdullilah Allah jauhkan dato dari orang macam tu”
@Boss Rick Official:move on ni senang nak cakap... susah nak buat.. sabar la kak vida”
@fyqaaaaa:haahhahaha betul dato. Dia pikir dia siapa? macam dato heran pulak eh”
@Unstable life & broke huhuhu:Bestnya kaya huhu move on pun tak lost apa-apa”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 2.4 juta tontonan daripada warga TikTok.
Beberapa bulan yang lalu, kisah hubungan cinta Iqbal dan Vida hangat diperkatakan namun perkahwinan mereka dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu yang berkeras tidak bersetuju.
Malah, Iqbal turut kelihatan seperti berputus asa untuk meneruskan hubungannya bersama usahawan itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar