“Ingatkan Kemek Hilang Rupanya…” - Ucapan Syatilla Cuit Hati, Netizen Komen Mima Si Dagu Comel
Ucapan hari jadi pelakon Syatilla Melvin kepada anak keduanya, Sarima Samheizy memang lain dari yang lain.
Terkenal sebagai seorang yang lucu dan suka bergurau, kapsyen Syatilla sememangnya mencuit hati netizen.
Coret Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla, masih kekal segar di ingatan kenangan sewaktu menyambut kelahiran puterinya itu.
“Dah tiga tahun amoi Taiwan bubu ni. Happy birthday anak solehah bubu. Sayang kakak Mima banyak sangat.
“Fresh lagi muka dia lalu depan mata masa doktor keluarkan dari perut tiga tahun lepas, kemeknya muka anak aku Ya Allah.
“Ingat lepas beberapa bulan kemek tu akan hilang rupanya sampai hari ini masih kemek. Ayayu my dagu. Dia tak sabar sungguh-sungguh nak tunggu adik dia keluar.
“Insya-Allah bubu pasti Mima boleh jaga baby baru lebih bagus dari bapak jaga,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga turut mengucapkan selamat hari jadi buat Sarima.
Mereka juga turut memuji kecomelan Sarima yang memiliki wajah saling tidak tumpah seperti bapanya iaitu aktor Shaheizy Sam.
Syatilla juga kini sarat hamil anak ketiga dan bakal bersalin tidak lama lagi.