Berita

Ingin Dapatkan Anak, Nicki Minaj Minta Sperma Rakan Baik

Rozaimi Zubaidi
13/07/2017
10:24 MYT
Sponsor Banner
Ingin Dapatkan Anak, Nicki Minaj Minta Sperma Rakan Baik
Penyanyi rap popular Nicki Minaj mengakui menyimpan hasrat untuk mendapatkan anak sendiri tanpa mempunyai ikatan perkahwinan.
Menurut laporan Daily Mail, Nicky ingin menjadi seorang ibu dalam masa terdekat dan meminta pertolongan daripada rakan baiknya untuk menderma sperma.
"Nicky tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini namun dia sudah memikirkan bagaimana cara untuk dia mempunyai anak sendiri.
"Dia telah merancang untuk meminta rakan baiknya iaitu Nas supaya menderma spermanya agar dia dapat menjadi ibu pada usia muda.
"Nicky juga telah membayangkan bahawa bayi itu akan memiliki bakat yang luar biasa jika perkara ini terjadi,"kata sumber.
Tambah sumber, Nicky sangat berharap agar rakan baiknya dapat membantu merealisasikan impianya itu.
"Nicky sememangnya tidak sabar untuk mempunyai anak sendiri selepas mendukung bayi rakannya dan dia tidak boleh memikirkan sesiapa yang mampu menderma sperma selain Nas,"katanya.
Sumber Oleh: Daily Mail
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar