Berita

Ingin Tampil Cantik & Menawan? - Sunway Velocity Mall ‘Posh & Glam’ Tahu Caranya

Syafiqah Jalal
14/08/2018
04:26 MYT
Sponsor Banner
Ingin Tampil Cantik & Menawan? - Sunway Velocity Mall ‘Posh & Glam’ Tahu Caranya
Pusat membeli-belah Sunway Velocity Mall sedang mengadakan acara fesyen dan kecantikan yang diberi nama ‘Posh & Glam’.
‘Posh & Glam’ berlangsung sejak 19 hingga 29 Julai. Sunway Velocity Mall yang mempunyai lebih daripada 130 jenama fesyen dan 20 jenama kecantikan, mereka menampilkan beberapa jenama yang popular di acara ini dan tentunya akan menjadi kegemaran anda.
Antara jenama yang memeriahkan acara ini adalah Marks & Spencer, RIP CURL, JD Sports, Sacoor Brothers, Royal Sporting House, Seen, Lancaster, Elle, Levi’s, Marks & Spencer, Voir, Ashura, Etude House, SPAO, Shins, Private Stitch dan banyak lagi.
Ia pasti menjadi sebuah acara yang terkemuka dan gilang-gemilang yang pernah diadakan di Sunway Velocity Mall.
Terdapat tiga acara dan aktiviti utama yang menarik diadakan iaitu sesi perkongsian kecantikan, pertunjukan fesyen dan bengkel kecantikan.
Menariknya, pengunjung yang hadir boleh melakukan ‘make-over’ pada wajah dan rambut mereka dalam bengkel kecantikan yang diadakan.
Antara bengkel kecantikan yang diadakan pada minggu lalu adalah seperti penjagaan kuku, ‘manicure’ dengan jenama pengilat kuku Shins, serta bengkel solekan bersama Mya Zulkifli, serta jenama Etude House, SASA dan Kiss Me.
Turut diadakan pada acara itu adalah pertunjukan fesyen di mana jenama kegemaran anda menampilkan gaya-gaya dan keluaran fesyen yang terkini dan trendy.
Pertunjukan fesyen yang menjadi acara utama ‘Posh & Glam’ itu diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula jam 2 petang hingga 6 petang, pastikan anda tidak ketinggalan!
Bukan itu sahaja, anda juga boleh memenangi hadiah bernilai hingga RM10,00 daripada jenama SPAO, Clarins, Shins, Une Olive, Xixili, Burton Menswear, Miss Selfridge, Carlo Rino dan banyak lagi. Caranya dengan hanya mengambil gambar OOTD anda di acara tersebut dan memuat naiknya ke laman Facebook atau Instagram dengan hashtag #SVMOOTD dan #SVMPoshAndGlam.
Tidak ketinggalan kanak-kanak juga dapat mengambil bahagian dalam pertandingan pertunjukan fesyen, Little Fashionistas pada 28 Julai ini.
Pertandingan yang bermula pada jam 2 petang itu bakal melibatkan kanak-kanak berusia dari 5 tahun hingga 12 tahun.
Jika anda terlepas acara pada hujung minggu lalu, jangan lupa ke Sunway Velocity Mall pada Sabtu dan Ahad ini serta lawati laman web mereka untuk jadual aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan https://www.sunwayvelocitymall.com/posh-glam/
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar