“Ini Adalah Buku Yang Harus Dibaca Oleh Semua Rakyat Malaysia Yang Mengambil Berat Tentang Negara…” – Antara Komen Kepada ‘What’s In A Name’.
Bakal dilancarkan secara rasmi bermula 8 November ini, buku pertama Datuk Seri Nazir Razak, ‘What’s In A Name’ sudah mula menerima komen positif.
Tun Musa Hitam, Mantan Timbalan Perdana Menteri : "Hampir tiada siapa yang bersemangat dan berazam seperti Nazir untuk merealisasikan ideanya untuk membawa Malaysia ke hadapan. Buku ini patut diberi galakan dan sokongan."
Tan Sri Andrew Sheng, Pengerusi, Institut Pengajian Terbuka dan Lanjutan George Town, Universiti Terbuka Wawasan, Penang, mantan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan (SFC), Hong Kong: “Ini adalah buku yang perlu ditulis dan harus dibaca oleh semua rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang negara.”
Profesor Ngaire Woods, Dekan, Blavatnik School of Government, University of Oxford: Bank terbesar Malaysia sedang dibina. Perjalanan Nazir serta apa yang telah dipelajarinya begitu peribadi sekali, dan juga mempunyai implikasi terhadap negara."
“Saya berbesar hati melancarkan buku pertama saya bertajuk, “What’s in a Name”. Bermula November 8, buku ini boleh didapati di kebanyakan kedai buku utama dan mereka yang telah membuat pra-tempahan dalam talian mula menerima salinan masing-masing,” katanya.
Buku ‘What’s in a Name’ adalah imbasan kembali pengalaman, peristiwa-peristiwa penting yang telah membentuk diri dan kehidupan Nazir serta merangkumi kisah-kisah keluarga, kerjaya, perniagaan dan politik di Malaysia.
Memoir ini didatangkan dalam dua versi iaitu United Kingdom yang akan berada di pasaran pada 18 November dan Bahasa Malaysia pula kini di peringkat akhir penterjemahan dan bakal berada dalam pasaran pada tahun depan.