Hollywood
Ini Baru The Real Kayangan, George Clooney Beri RM4 Juta Seorang Kepada 14 Teman Baiknya
Bayangkan betapa kaya dan banyaknya harta yang dikumpul penerbit, pengarah, aktor Hollywood, George Clooney hasil daripada kariernya dalam bidang hiburan apabila beliau pernah memberikan sejumlah USD14 juta bersamaan RM57 juta kepada 14 orang teman baiknya.
Clooney mengaku memberi setiap seorang daripada 14 teman baiknya wang tunai bernilai USD 1 juta atau RM4 juta beberapa tahun silam kerana masih belum berkahwin apalagi memiliki keluarga.
Rahsia itu diceritakan pemenang tiga kali Golden Globe itu dalam wawancara terkininya bersama majalah GQ yang juga menobatkan suami Amal Clooney ini sebagai Icon of Year.
Menurut Clooney, 'pembahagian harta' itu dilakukan selepas filem lakonannya bersama Sandra Bullock, Gravity yang dibintangi pada tahun 2013 menjadi blockbuster.
Lantaran itu, lelaki berusia 59 tahun ini mendapat bahagian yang lumayan hasil daripada filem yang menjadi hit.
Namun kata Clooney oleh kerana pada saat itu beliau tidak punya sesiapa, belum berkahwin dan memiliki keluarga sendiri, dirinya memutuskan untuk memberikan RM4 juta seorang kepada 14 teman rapatnya.
"Tanpa mereka, saya tidak akan ada di sini atau berada pada tahap ini," dedah Clooney dalam wawancara tersebut yang dipetik dari CNN.
Ayah kepada dua orang anak, Alexander Clooney dan Ella Clooney itu kemudian melanjutkan ceritanya dengan mengatakan beliau memandu sebuah van buruk ke sebuah gudang di luar bandar Los Angeles, lokasi dirinya memiliki RM57 juta sebelum menelefon 14 temannya untuk datang ke rumah.
"Macam mana saya boleh membayar jasa mereka yang telah bersama saya selama ini? Dan saya katakan pada diri sendiri, 'apa kata saya berikan kalian RM4 juta seorang?
"Dan saya keluarkan peta, tunjukkan saja tempat mana di dunia yang ingin saya lawati dan saya dapat lakukannya kerana mereka," kata Clooney.
Kredit Foto: Getty Images