Laman Utama
Ini Cara Periksa Tekanan Angin & Pam Tayar Kereta Dengan Betul
Sebagai pengguna kenderaan beroda, kita sudah pasti terbiasa dengan rutin memasukkan angin ke dalam tayar.
Namun, masih ada dalam kalangan pengguna kenderaan, terutama kereta masih belum arif bagaimana cara yang betul untuk memasukkan angin ke dalam tayar.
Berikut merupakan langkah yang perlu anda ambil untuk menambahkan angin dalam tayar kenderaan:
Gunakan pressure gauge untuk memeriksa tekanan angin dalam tayar. Jika pressure gauge menunjukkan aras 3, ia bermakna tekanan dalam tayar adalah mencukupi.
Namun, jika pressure gauge menunjukkan bawah aras 2, anda perlu menambah angin dalam tayar dan sebaliknya.
Tekanan angin tayar untuk kereta terletak antara 1.3 cc dan 1.5 cc, manakala tekanan angin yang diperlukan sekitar 190 hingga 230 kpa.
Mengambil contoh yang dipakai adalah rim 15′ tayar 55 siri, standard bagi Proton Gen 2 atau Waja, anda perlu isi tayar depan dengan 210/30 dan tayar belakang pula 190/29.
Kalau anda gunakan kereta Perodua Kancil pula, memandai dengan isi tekanan angin sekitar lingkungan 180-200 kpa sahaja.
Jika terisi lebih sehingga 300 kpa, silap-silap tayar anda berubah keras dan kereta boleh melantun-lantun atau bergegar.
Sehubungan itu, anda disarankan untuk memeriksa keadaan tayar kereta anda paling kurang sebulan sekali dengan cara:
Langkah 1 : Beli pengukur tekanan tayar untuk mengukur tekanan dalam tayar kereta anda.
Langkah 2 : Gunakan pam basikal atau pergi ke stesen minyak berhampiran rumah anda. Pastikan tayar kereta anda dalam kenderaan sejuk terutamanya jika anda sudah memandu lebih daripada 2 kilometer.
Langkah 3 : Rujuk kepada manual kereta anda atau pada pintu sebelah pemandu untuk meilhat tekanan tayar yang disyorkan. Sesetengah kenderaan memerlukan jumlah tekanan yang sama bagi setiap tayar, tetapi tayar depan dan belakang selalunya berbeza jumlah tekanannya.
Langkah 4 : Tambah angin jika kurang daripada yang diperlukan atau buang angin jika lebih daripada yang diperlukan. Tekan pin ditengah pada batang injap dengan kuku atau apa-apa peralatan.
Langkah 5 : Gantikan penutup batang injap. Ulang setiap langkah bagi setiap tayar.
Sumber: Maskulin