Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ini Empat Pantang Larang Orang Tua Selalu Guna, Yang Mana Satu Korang Boleh Relate?

Mya Amri 10/04/2023 | 09:42 MYT
Korang perasan tak, dulu-dulu kan kalau ada buat benda salah sikit je mesti nenek atau mak-mak kita sebut fasal pantang larang?
Atau dalam bahasa mudahnya perkara yang ditegah untuk dilakukan dan digunakan sebagai nasihat serta teguran secara halus gitu.
Kalau nak tahu kan, sampai ke hari ini pantang larang tu masih lagi menjadi sebutan tau.
Tipulah kalau korang tak pernah dengar beberapa pantang larang famous di bawah ini.
#Jangan Menyanyi Di Dapur Nanti Dapat Jodoh / Suami Tua
Maksud pantang larang ini adalah untuk kita lebih berhati-hati dan fokus di dapur ketika memasak supaya tidak merosakkan / menghanguskan makanan.
Pantang larang ini diwujudkan bertujuan untuk menjadi kiasan bagi menegur secara halus.
#Jangan Duduk Atas Bantal Nanti Bisul
Maksudnya adalah untuk menghormati anggota kepala dan tiada kaitan dengan bisul.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, bantal merupakan objek yang digunakan manusia sebagai mengalas kepala untuk berehat dan juga tidur.
Oleh itu, masyarakat tidak digalakkan duduk di atas bantal kerana dilihat sebagai perbuatan yang tidak molek.
#Anak Dara Jangan Duduk Atas Tangga Nanti Tak Ada Orang Meminang
Maksudnya tidak mahu mengganggu dan memudahkan laluan orang yang lalu lalang.
Lagi pun tidak manis bagi anak dara untuk duduk melepak tanpa menolong buat kerja rumah kan.
#Jangan Meniarap Sambil Angkat Kaki Nanti Ibu Bapa Ditimpa Kecelakaan
Maksudnya untuk mengelakkan rasa tidak selesa pada bahagian dada ketika meniarap dan boleh mengakibatkan kaki kebas.
Okay jadi apa kaitannya pantang larang dengan Coway?
Haaa sempena Raya Aidilfitri yang bakal menjelang ini, Coway melancarkan kempen terbaharu berjudul Lembaran Baru Lebaran.
Dengan tema The New Chapters of Eid ia merupakan ungkapan yang sesuai dengan kisah raya tahun ini.
Frasa ini menimbulkan idea kesinambungan kisah epik video komersial Coway bagi perayaan tahun lalu dan diberikan keunikan tersendiri untuk tahun ini.
Coway sentiasa berusaha untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik, bersih dan selamat.
Generasi masa depan juga berhak mendapat yang terbaik dalam segala hal termasuk air bersih, udara segar dan persekitaran yang bersih.
Dengan Inovasi, Coway mewujudkan persekitaran hidup sihat dan selesa serta mengutamakan pelanggan.
Produk dan perkhidmatan Coway bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan selain mengekalkan kehidupan seharian yang sihat. Best kan?
Jadi kenapa kempen Lembaran Baru Lebaran?
Ini kerana Coway ingin orang ramai memikirkan semula maksud sebenar Hari Raya dan juga melaksanakan maksud slogan Coway iaitu Change Your Life.
Kesinambungan cerita-cerita rakyat Coway pada tahun 2022 dimanfaatkan bersama dengan cerita dan juga watak yang unik tetapi dengan kelainan dan pandangan berbeza.
SERTAI PERADUAN
1. Tonton video Coway Raya yang memaparkan Mira Filzah berkata “Dengan Coway, Raya pasti okey!” dan cipta semula pemandangan dan tiru Mira Filzah atau perbaikinya dengan menambahkan kreativiti anda.
2. Muat naik versi paling kreatif anda “Dengan Coway, Raya pasti okey!” di TikTok dan tag @officialcowaymalaysia termasuk hashtag #RayaPastiOkeyChallenge #TalkLikeMira.
3. Berpeluang memenangi sehingga RM2500 paket hijau!
4. Tempoh Peraduan: 11 April hingga 11 Mei 2023
Akhir sekali Coway juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.
#Advertorial #Iklan Raya #Coway #Pantang Larang #Coway Raya
;