Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“Ini Kali Ketiga Raphael Diserang Sawan Apabila…” Nourul Wahab

Syafiqah Jalal 01/08/2018 | 11:21 MYT
Penyanyi Nourul Wahab menceritakan detik cemas apabila anak bongsunya, Raphael Deep diserang sawan ketika mereka berada di sebuah pusat beli-belah di ibu negara beberapa hari lalu.
Nourul menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu ia berlaku dengan sangat pantas ketika mereka belum sempat tiba di rumah.
"Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena sawan. Ini kali ketiga walaupun dimonitor (pantau) sebaiknya cuma semalam tak sempat sampai rumah,” tulisnya.
Menurut penyanyi lagu Keliru itu, dia bernasib baik kerana bertindak pantas dan melakukan apa yang sepatutnya seperti yang diajar oleh doktor.
"Baru sahaja nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena sawan.
“Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak kena sawan, kena terbalikkan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar doktor," tulisnya lagi.
Bagaimanapun, Nourul bersyukur kerana anaknya itu hanya ditahan satu malam dan tiadak mengalami sebarang situasi yang serius.
"Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila Raphael kena demam.
"Alhamdulillah Raphael sudah baik selepas satu malam di hospital dan hanya terkena demam viral.
"Sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darahnya tidak menunjukkan apa-apa membahayakan," katanya.
Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp yang merupakan seorang lelaki warganegara Perancis pada 6 Jun 2012.
Mereka turut dikurniakan seorang lagi anak Zachary Depp, 5 tahun.

CERITA SEMALAM : Si #raphaeldepp ni memang betul2 european. Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena seizure. Ini kali ketiga walaupun di monitor sebaiknya. Cuma semalam tak sempat sampai rumah. Beberapa perkara perlu dibuat selepas ambik #raphaeldepp dan #zacharydepp dari sekolah. #pavillionKL memang tempat biasa kami pergi kalau mahu mendapatkan sesuatu. Baru je nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena seizure. Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak anak kena seizure , kena terbalik kan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar Doctor. Ini kali ketiga raphael diserang sawan apabila suhu badan naik terlalu tinggi ketika demam. @ayu_ace kali pertama tengok kejadian sebegini berlaku pada kanak2. Memang sedikit terkejut. Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada #paramedic di #pavillionKL dan juga Security Team nya yang sangat sangat pantas bertindak membantu kami apabila melihat kami di dalam kecemasan. Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ. Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila raphael kena demam. Alhamdulillah #raphaeldepp is okay now. Selepas satu malam di hospital. Hanya viral fever dan sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darah nya tidak menunjukkan apa apa yang membahayakan. Hanya perlu monitor si kenit ni! Tengoklah gelagat dia kena ambik darah di #mystory hari ini. Thanks to all #yestowellnessteam #yestowellnessfamily yang mendoakan. Heading Home and continue my gym!!!! ??????

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Foto: IG Nourul Depp
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Ajai #Demam #Nourul Wahab #Sawan
;