Laman Utama

“Ini Khilaf Saya, Bukan Salah Mereka…” - Isu Buka Tudung, Nadia Annuar Mohon Jangan Kaitkan Ibu & Keluarga

Mya Amri
27/05/2023
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Ini Khilaf Saya, Bukan Salah Mereka…” - Isu Buka Tudung, Nadia Annuar Mohon Jangan Kaitkan Ibu & Keluarga
Pengacara, Nadia Annuar memohon agar netizen tidak menyalahkan ibu dan juga keluarganya kerana apa yang berlaku itu adalah atas keputusannya sendiri.
Nadia menerusi ruangan Insta Story miliknya menjelaskan bahawa ibunya iaitu usahawan Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton telah membesarkannya dengan baik dan memberikan nasihat.
“Saya minta sangat, tolong jangan kaitkan ibu saya, keluarga atau ahli keluarga saya yang lain. Bukan salah mereka.
“Ini keputusan saya sendiri. Ibu saya seorang insan yang hebat. Dia sudah membesarkan saya dengan baik dan menasihati saya dah. Malah adik saya juga,” jelasnya.
Mengakui kekhilafannya, Nadia yang juga merupakan kakak kepada pelakon Harris Annuar itu juga bagaimanapun memohon maaf sekiranya tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen.
“Anda boleh meletakkan segala kesalahan pada saya cuma jangan kecam mereka. Saya, saya adalah insan yang tidak sempurna.
“Saya reda… Sebab semua ini kekhilafan saya sendiri. Saya pun tak mahu bagi alasan sebab kita semua pun tahu apa yang wajib.
“Cuma saya minta diberikan sedikit ruang dan masa. Maafkan saya sekiranya kekhilafan saya ini membuatkan anda kurang senang dan benci kepada saya.
“Terlalu banyak yang saya lalui dan tak dapat saya kongsikan… Sekali lagi saya mohon maaf kerana mengecewakan anda semua,” coretnya.
BACA: Nadia Annuar Muat Naik Gambar Tanpa Tudung Sempena Hari Lahir
Terdahulu, Nadia memuat naik gambar tanpa mengenakan tudung sempena dengan hari lahirnya yang ke-39 pada Jumaat.
Foto itu ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen dan pelakon, Lufya juga turut meninggalkan komen.
"Allah uji sebab Allah sayang. Jangan putus asa sayang dengan rahmat Allah. Moga Allah titipkan taufik dan hidayah pada diri kita.
"Berdamai dengan diri kita Semoga Allah berikan cahaya pada jalan Nya. My prayers with u sister. Take care," tulis Lufya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar