Laman Utama

Ini Nasihat Nadhir Nasar Jika Ada Wanita Bergelar Isteri Yang Tersakiti Dibelasah Sang Suami

Izwan Isa
07/04/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
Ini Nasihat Nadhir Nasar Jika Ada Wanita Bergelar Isteri Yang Tersakiti Dibelasah Sang Suami
Mungkin ada yang terkejut atau sukar menerima hakikat yang pelakon Nadhir Nasar membawakan watak seorang suami yang kerap memukul isterinya.
Sepatutnya bergelar suami yang mengetuai rumah tangga, Erfhan (watak yang disandang oleh Nadhir) menggunakan kekerasan dalam segala hal.
Perkara ini sedikit sebanyak menconteng rasa marah pada pemikiran netizen setiap kali menonton drama yang diarahkan oleh Hadith Omar itu.
Ditanya apakah nasihat Nadhir jika ada antara penonton yang mengalami masalah yang serupa dengan Safiana (Shaza Bae), dramatis yang popular dengan drama I-Tanggang itu berkata, sebaiknya carilah bantuan, terutama daripada individu yang rapat.
“Jika orang luar mengalami nasib yang sama seperti Safiana, carilah bantuan, tidak kisah kawan rapat, ibu bapa atau orang yang terdekat.
“Selain itu, kita hendaklah mencintai diri kita sendiri sebelum kita mencintai orang lain. Sama ada anda berkahwin atau tidak, cintailah diri terlebih dahulu, baru anda boleh lebih mencintai seseorang,” katanya menerusi temu bual di Gempak Hit Era baru-baru ini.
Melanjutkan bicara tentang cinta, Nadhir yang masih lagi solo disoal bagaimanakah ciri-ciri wanita idamannya. Nadhir menjawab: “Mungkin dia merupakan seorang wanita yang sopan-santun, hormat ibu dan bapa serta tidak trying so hard,” katanya lagi.
Jangan lupa dengarkan Gempak Hit Era, setiap Isnin hingga jumaat pukul 1 petang bersama Isha Norsham hanya di Radio ERA.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar