Laman Utama
Ini Perkara Basic Yang Perlu Anda Buat Untuk Dapatkan Kulit Sihat & Gebu
Rutin harian kita mungkin dikelilingi oleh aplikasi-aplikasi suntingan di telefon pintar yang mampu untuk menjadikan wajah kita pada gambar dan video yang dirakam lebih cantik, flawless dan kelihatan berseri-seri.
Bagaikan satu keperluan, aplikasi sebegini dilihat menjadi aplikasi wajib yang digunakan banyak orang untuk tampil lebih yakin di media sosial. Namun, tahukah anda, ada cara yang lebih mudah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, tanpa perlu berbelanja mahal?
Jom semak tips and tricks ini!
Waktu tidur mencukupi
Tidur selama tujuh hingga sembilan jam sehari adalah penting untuk kulit yang sihat. Apabila anda tidak cukup tidur, kortisol iaitu hormon tekanan akan dirembeskan ke dalam badan anda. Hal ini boleh menyebabkan keradangan yang membawa kepada peningkatan risiko masalah kulit seperti jerawat atau psoriasis. Tapi sebelum tidur, jangan lupa cuci wajah anda dengan WonderDewi Cica Cleansing Gel yang diperkaya dengan ekstrak kacang soya yang mampu membersihkan kulit wajah pada tahap pH 5.5 hingga 6.6.
Minum air
Beberapa jenis toksin mampu untuk menyebabkan liang pori anda tersumbat dan akhirnya mengakibatkan jerawat. Apabila anda minum air yang mencukupi, ia membantu untuk mengelakkan liang pori menjadi tersumbat, dan sekaligus menghindari kulit daripada jerawat.
Lebihkan sayur dalam hidangan
Sayur-sayuran hijau seperti kangkung, kale dan brokoli kaya dengan anti-oksida serta vitamin yang mampu memberikan pelbagai manfaat kepada kulit anda. Jangan asingkan sayur daripada hidangan anda ok!
Biarkan kulit bernafas
Penggunaan mekap untuk tempoh yang terlalu lama boleh mengganggu kesihatan kulit wajah. Justeru, selepas seharian, jangan lupa tanggalkan mekap, terutama apabila anda berada di rumah bagi memberikan masa untuk jelapang kulit bernafas dan stay natural.
Guna sahaja WonderDewi Cica Makeup Remover membantu dalam membersihkan wajah secara berganda, selain membuang olesan mekap pada wajah secara total. Hasilnya, wajah terasa segar, kulit kembali lembab dan bebas daripada minyak yang terhasil daripada solekan. Jangan lupa cuci wajah anda dengan WonderDewi Cica Cleansing Gel, diikuti dengan WonderDewi Cica Toner sebelum disudahi dengan pelembab, WonderDewi Cica Gel Moisturiser. Pastinya wajah anda dapat bernafas dengan sempurna!
Jauhi sinar UVA, UVB
Jika mahu keluar untuk melakukan aktiviti di lapangan, jangan lupa oleskan WonderDewi Cica Sunscreen dapat melindungi kulit anda daripada kerosakan dan sinaran matahari. kandungan SPF50 PA++++ juga dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB berbahaya, dan tekanan persekitaran daripada cahaya biru dan sinaran inframerah. Elemen antioksidan daripada Niacinamide dan Tocopherol pula membantu membaiki kerosakan sel kulit akibat sinaran UV. Selain itu, ia juga dapat mengawal pengeluaran sebum pada kulit. Oh ya, jangan lupa topi dan juga cermin mata hitam untuk tampil lebih bergaya!
WonderDewi Cica Series merupakan set penjagaan wajah yang unik, dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia membantu menguatkan penghalang kulit, serta kandungan lembapan yang dioptimumkan.
Hasilnya, kulit wajah mampu berdaya tahan daripada pencemaran alam sekitar dan kerengsaan.
Selain itu, siri ini juga mempunyai sifat menghidrasi, melegakan dan menenangkan kulit. Dalam masa sama, ia juga dapat membantu penjanaan dan membaiki sel kulit.
WonderDewi Cica Series juga bebas paraben, tiada minyak mineral, tiada pewangi tiruan dan tiada bahan asal haiwan.
Untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan WonderDewi Cica Series, layari laman web WonderLab atau hubungi Ejen WonderLab hari ini.
Kredit foto: Jernej Graj, engin akyurt, Михаил Калегин, engin akyurt, Roosa Kulju & Eugene Zhyvchik (Unsplash)
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.