Hiburan

Ini Reaksi Anne Marie Selepas Makan Daging Salai Lemak Cili Api Air Tangan Fazley Yaakob

Mya Amri
24/07/2019
11:02 MYT
Sponsor Banner
Ini Reaksi Anne Marie Selepas Makan Daging Salai Lemak Cili Api Air Tangan Fazley Yaakob
Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob dipuji netizen kerana memperkenalkan masakan kampung kepada penyanyi antarabangsa, Anne Marie yang hadir ke Malaysia baru-baru ini.
Antara hidangan yang disediakan adalah daging salai lemak cili api, rendang minang dan telur itik lemak cili api.
Berkongsi keterujaannya, Fazley akui berbesar hati diberi peluang menyediakan makan malam untuk artis kelahiran United Kingdom itu.
Fazley menerusi akaun Instagramnya juga berkongsi reaksi comel Anne Marie selepas menikmati hidangannya itu.
“Malam kelmarin saya ditugaskan untuk menyiapkan makan malam #AnneMarie serta musiciannya di @sukasucrebistro.
“Jadi saya hidangkan Dulang Nusantara (Ada Daging salai lemak cili api, rendang minang, telur itik lemak cili api, ayam pop sambal hijau, sambal minang dan ulam-ulaman, ikan masin rangup, kerabu, paru goreng serta french butter rice).
“Dan untuk dessert saya siapkan plated dessert bernama: 2002- (Caramelised apple & pear, orange segments, rich coconut butterscotch sauce, toasted pistachios, strawberry wedges and hawflakes sticks) sampai dia dan crew-crewnya menjerit seronok dan teruja! Tak salah kan saya hidangkan makanan bertema tempatan untuk beliau?” tulisnya.
Malam kelmarin saya ditugaskan untuk menyiapkan makan malam #AnneMarie serta musiciannya di @sukasucrebistr Jadi saya hidangkan Dulang Nusantara (Ada Daging salai lemak cili api, rendang minang, telur itik lemak cili api, ayam pop sambal hijau, sambal minang & ulam ulaman, ikan masin rangup, kerabu, paru goreng serta french butter rice) dan untuk dessert saya siapkan plated dessert bernama: 2002- (Caramelised apple & pear, orange segments, rich coconut butterscotch sauce, toasted pistachios, strawberry wedges and hawflakes sticks) sampai dia dan crew2 nya menjerit seronok dan teruja! Tak salah kan saya hidangkan makanan bertema tempatan untuk beliau? . Special thanks to @warnermusicmy dan @munasvanboonstra . Reposted from @annemarie TOUR DIARY 22.07.19 MALAYSIA. I loved my time with you so much. A big thanks to @sukasucrebistro @fazleyyaakob for cooking us amazing food! Also BIG LOVE to my @warnermusicmy_intl team! We got double GOLD !!! #2002 #FRIENDS
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Dalam pada itu, Anne Marie menerusi akaun Instagramnya menyatakan rasa terima kasih kepada Fazley kerana menghidangkan masakan yang lazat kepadanya.
“TOUR DIARY 22.07.19 MALAYSIA. I loved my time with you so much. A big thanks to @sukasucrebistro, @fazleyyaakob for cooking us amazing food! Also, BIG LOVE to my @warnermusicmy_intl team! We got double GOLD!!! #2002 #FRIENDS,” tulisnya.
Entri tersebut ternyata menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya.
“OMG Datuk Fazley!” komen @sitizulaikhaismailszi
“Is it bad that I keep rewatching this?” tulis @amsninjax
Terdahulu, Anne Marie barfu sahaja selesai mengadakan Konsert Anne Marie Live In Malaysia 2019 yang berlangsung dengan meriah bertempat di KL Live @ Life Center pada Isnin.
BACA: Cakap Bahasa Melayu, Buat Kejutan Pakai Jersi Malaysia… Ini 10 Perkara Menarik Tentang Konsert Anne Marie Live In Malaysia 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar