Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Ini Salah Faham, Video Itu Wife Hanya Repost” - Yonnyboii

Mya Amri 08/10/2023 | 05:55 MYT
Penyanyi rap, Yonnyboii menjelaskan hantaran tular yang dilakukan oleh isterinya, Nik Nazira berkenaan dengan teguran orang luar terhadap pemakaian dan penampilannya baru-baru ini hanyalah salah faham.
Menurut Yonny, kenyataan dalam perkongsian itu bukan ditulis oleh isterinya sebaliknya dia hanya berkongsi semula atau 'repost' salah satu perkongsian dari laman TikTok.
"Perkara itu sebenarnya salah faham sahaja, video tersebut sebenarnya dia (Nik Nazira) hanya repost perkongsian dari TikTok dan video itu bukan kepunyaan dia pun, video orang lain.
"Malah, ibu dia pun tanya kenapa post macam itu, isteri saya kata dia tidak post, tapi hanya repost sahaja.
"Mungkin juga isteri saya tidak sangka perkara tersebut akan buat segelintir pihak terasa, tapi niatnya hanya repost sahaja, sedangkan bukan dia yang tulis,” katanya ketika ditemui Gempak.
Yonny berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Persona yang berlangsung di Putrajaya Challenge Park, Putrajaya pada Sabtu.
Dalam masa sama, Yonny juga akui ada memberikan nasihat buat isterinya supaya berhati-hati sebelum memuat naik sebarang perkongsian dalam media sosial.
"Isteri saya kata, itu hanya perkongsian sahaja, tak akan dia tidak boleh nak post apa yang dia mahu di media sosial.
"Saya ada juga pesan pada dia, kalau nak post apa-apa kena berhati-hati. Orang luar akan sentiasa perhati dan tunggu untuk serang bila-bila masa sahaja.
“Sampai sekarang dia masih rasa bingung kenapa posting dia menjadi isu sedangkan dia hanya berkongsi kembali.
“Dia tidak menyangka apa yang dia lakukan atau kongsi akan menjadi perhatian netizen, jadi selepas ini dia akan lebih berhati-hati,” ujarnya.
BACA: "Selagi Mak Dan Suami Benarkan..." - Isteri YonnyBoii Mohon Netizen Henti Kecam Pakaian Seksi
Terdahulu, Nik Nazira sebelum ini memuat naik satu hantaran di Instagram dengan menyatakan dia tidak perlu meminta pendapat orang luar berhubung pemakaian dan penampilannya.
Untuk rekod, Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.
Pasangan ini juga baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pertama pada Awal Muharram lalu.
#Viral #Isteri #Tular #TikTok #Salah Faham #Yonnyboii #Nik Nazira #Repost
;