Viral
Ini Sebab Kenapa Ryan Reynolds & Hugh Jackman Diboikot Peminat K-Pop
Kehadiran dua pelakon Hollywood, Ryan Reynolds dan Hugh Jackman ke rancangan hiburan popular Korea, Inkigayo menerima kritikan sebahagian besar peminat K-Pop gara-gara keterbukaan mereka memberi sokongan kepada Israel.
Boikot
Sungguhpun kehadiran Ryan dan Hugh sekadar mempromosikan filem, tetapi peminat berasa ia bakal membuka peluang kepada Israel untuk menembusi Korea, seterusnya memberikan impak yang negatif kepada industri muzik dan hiburan.
ARTIKEL BERKAITAN: Video Dipuji Ryan Reynolds, Sofyank; "Terkejut, Menjerit-Jerit Saya Masa Nak Berbuka Puasa!"
ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Reynolds Kerap Disangka Ben Affleck: “Mereka Tanya Saya Bagaimana J.Lo“
Antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna platform X:
“Apa yang boleh saya katakan, ini merupakan salah satu taktik zionis untuk masuk ke dalam industri hiburan dan muzik terutamanya K-Pop.”
“Industri K-Pop menjadi sasaran zionis membuatkan peminat K-Pop tidak mampu membenci kumpulan yang mereka minati.”
Selain daripada peminat K-Pop, ada juga dalam kalangan warga Korea yang dilihat turut meluahkan perasaan mereka tentang hal ini.
“Rasa kelakar sebab cara mereka mempromosikan filem mereka di Korea,” ulasnya di aplikasi X.
ARTIKEL BERKAITAN: 27 Tahun Berkahwin, Hugh Jackman Lalui Masa Sukar Lepas Bercerai
ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup Berhabis Hampir RM500,000, Rupanya Ini Sebab Nicole Kidman Beli Topi Hugh Jackman
Untuk rekod, Ryan dan isterinya, Blake Lively pernah memberikan bantuan sebaganyak ASD1 juta (RM4.7 juta) kepada IRC bagi Kanak-Kanak Israel dan Gaza sementara Hugh dilihat pernah melawat pangkalan tentera Israel dan menggelarkan tanah Palestin yang dihahag sebagai The Land Of David.
Sumber: Platform X