Laman Utama

“Ini Semua Bukan Bala Atau Musibah, Ini Adalah…” - Hidap Diabetis, Bad Tak Mahu Susahkan Ashira, Belajar Guna Walker Untuk..

Hanafis Haris
01/12/2021
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Ini Semua Bukan Bala Atau Musibah, Ini Adalah…” - Hidap Diabetis, Bad Tak Mahu Susahkan Ashira, Belajar Guna Walker Untuk..
Penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad mendedahkan dia kini terpaksa mengharapkan pengunaan ‘walker’ untuk membantunya bergerak.
Menurut Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46, dia tiada pilihan lain untuk belajar berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan isterinya Ashira.

“Lima jari kaki kiri saya dah dibuang dalam proses pembedahan yang dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Januari, Mac dan September lalu.

“Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.

“Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak, kena buat juga.

“Saya juga uruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan isteri. Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala itu, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri,”katanya.

BACA : “Saya Segan & Malu Nak Ambil Duit” - Bad Indigo Tak Sanggup Terima Bantuan? Masih Fikirkan Nasib...

Jelasnya, kebanyakan aktiviti hariannya dilakukan sendiri kecuali memasak.

“Saya tak mahu terlalu bergantung hidup dengan orang lain walaupun isteri sendiri kerana khuatir terlalu selesa jika berterusan dalam keadaan itu.

“Kecuali memasak saja, Shira akan buatkan sebab saya tak boleh berdiri lama.

“Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri sebab tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain, atau tiada, macam mana?

“Tak akan nak duduk diam saja tak buat apa-apa, tak boleh urus diri? Selagi boleh buat, saya akan buat, tak mengapa.

“Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hari saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Dia masih pinjamkan nyawa lagi buat saya.

“Ini semua bukan bala atau musibah. Ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya.

“Kalau saya tak fikir begitu, mungkin sudah lama saya berterusan murung,”katanya.

Bad berkata demikian semasa ditemui di konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Ahad lalu.

Turut hadir menemani Bad pada malam tersebut ialah isterinya, Ashira yang juga merupakan bekas peserta program GV untuk musim yang ketujuh (GV7).

BACA : Dugaan Baru Kahwin.. Ada Jangkitan Gangrene, Jari Kaki Bad Indigo Terpaksa Dibuang

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar