Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Ini Status Sebenar Penjawat Awam Yang Tular Rehat 3 Jam Pergi Karaoke

Gempak 26/01/2024 | 09:00 MYT

Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai seorang penjawat awam yang berkongsi video dirinya selamba menayang aktiviti karaoke yang dilakukannya ketika sedang berehat selama 3 jam.

Bukan itu sahaja, di ruangan komen video itu, wanita yang dikenali sebagai Nana ini turut mendedahkan bahawa dia telah mendapat kerja tersebut melalui ‘orang dalam’.

Video tersebut telah menjadi buah mulut netizen yang rata-rata mengecam tindakannya yang seperti memalukan penjawat awam.

Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok nya, Nana telah tampil memohon maaf dan mendedahkan bahawa kontraknya di bawah Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (MySTEP) telah tamat pada tahun lepas.

Berita Trending: Bangga Tayang Rehat 3 Jam, Wanita Ini Tak Sengaja Bongkar Diri Sendiri Masuk Kerja Pakai ‘Cable’

“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas pilihan kata-kata saya yang cuai di bahagian komen akaun TikTok saya.

“Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak lagi bekerja di sana (DoSM) kerana kontrak saya telah tamat tahun lepas.

"Untuk pengetahuan anda juga, video itu dirakam pada September tahun lalu, hanya untuk for fun dan sekadar ingin menunjukkan persekitaran tempat itu sahaja," jelasnya di dalam video tersebut.

Dalam pada itu, memetik laporan daripada Weird Kaya, penamatan kontrak kerja Nana daripada jabatan tersebut juga telah disahkan oleh Ketua Perangkaan DoSM, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin ketika dihubungi New Straits Times (NST).

"Ya, dia tidak lagi bekerja di jabatan itu," katanya ringkas.

Sumber: Weird Kaya

#3 Jam #Rehat #Awam #Penjawat
;