Viral
"Ini Urusan Saya Dengan Tuhan" - Fara Mendoza Jawab Isu Pakai Seksi & Berparti
Ada pelbagai cara meraikan detik tahun baru 2018, namun tindakan berparti dengan pakaian seksi Fara Mendoza mendapat kritikan dan kecaman netizen.
Berada di Pulau Langkawi, Fara memuat naik beberapa keping gambar dan video bersama pengusaha kosmetik sensasi, Safiey Ilias.
Dalam video berkenaan, Fara dilihat memakai bra hitam dan menyarung baju jarang berwarna putih.
Enggan memadamkan gambar-gambar dan video berkenaan, Fara bagaimanapun meminta agar netizen berhenti menghukumnya.
"Ini diri saya, memang saya berpakaian seksi tetapi saya tidak mahu menjadi seorang hipokrit.
"Saya terima mereka yang cuba beri nasihat dengan cara betul tetapi yang hanya meninggalkan kata-kata kecaman saya harap mereka berhenti sahaja.
"Soal pakaian ini antara saya dengan tuhan, tidak perlu mereka menghakimi saya," katanya memetik laporan Utusan Online.
Malah, Fara atau nama sebenarnya Norfaralinah Md Yunus, 27, nekad untuk tidak memadam gambar-gambar dan video berkenaan serta enggan berubah kerana kecaman netizen.
Nama Fara Mendoza pernah meledak beberapa tahun lalu apabila dikaitkan dengan skandal bersama pelakon Fizz Fairuz.
Malah, awal November 2017 dia pernah membuat laporan polis didakwa ditampar dan dipukul bekas kekasihnya yang sudah beristeri.
Fara juga merupakan individu bertanggungjawab menyebarkan rakaman video seakan bercium antara Fattah Amin dan Janna Nick ketika penggambaran drama bersiri Coffee Prince beberapa bulan lalu.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @faramendoza, Utusan Online