Laman Utama

Inilah National Costume Miss Universe Malaysia Berinspirasikan Gunung Kinabalu!

Amri Hassan
07/12/2022
10:36 MYT
Sponsor Banner
Inilah National Costume Miss Universe Malaysia Berinspirasikan Gunung Kinabalu!
Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam bakal menyarung persalinan berinspirasikan gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu untuk pertandingan Miss Universe yang dijadualkan berlangsung di Amerika Syarikat pada Januari 2023.
Kostum berwarna metalik itu merupakan interpretasi pereka fesyen Hatta Dolmat yang turut diserikan dengan perincian batu jemeki.
Ia melambangkan batuan granit yang tidak sebati dengan pembentukan Gunung Kinabalu dan warna-warna yang digunakan juga melambangkan kekuatan serta keyakinan!
Dengan berat lebih 10 kilogram, kostum yang mengetengahkan ciri-ciri kelestarian alam semulajadi itu menggunakan fabrik terpakai daripada termasuk poluethylene terephythalate (PET) yang biasanya digunakan untuk menghasilkan botol plastik serta pembungkus makanan.
Kata Pengarah Nasional Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO), Elaine Daly, kostum itu menyampaikan satu mesej progresif kepada masyarakat global.
"Kostum kebangsaan ini merupakan salah satu highlight dalam pertandingan ratu cantik ini. Di MUMO kami sentiasa all out saban tahun termasuk juga kali ini.
"Kami mempromosikan fesyen kitar semula dalam usaha membantu pemanasan global yang semakin luar kawalan.
"Dalam masa sama, kami juga menampilkan kemegahan Malaysia iaitu Gunung Kinabalu untuk dipersembahkan kepada dunia," ujarnya.
Difahamkan, Hatta terdahulu mempersembahkan beberapa rekaan lain yang diilhamkan dari Wau Bulan dan Wayang Kulit.
Namun organisasi Miss Universe Malaysia sebulat suara memilih kostum berinspirasikan Gunung Kinabalu itu.
Selain itu, acara terbabit turut mengumumkan gaun malam yang berinspirasikan nebula.
Jom lihat foto-foto menarik sepanjang majlis pengumuman kostum kebangsaan dan gaun malam Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar