Laman Utama

“Inilah Sikap Orang Kita Tak Boleh Tengok Berjaya” - Isu Chef Ammar, Caprice Cadang JAKIM, JAIS Tubuh Unit Banteras Sihir

Mya Amri
19/04/2022
09:37 MYT
Sponsor Banner
“Inilah Sikap Orang Kita Tak Boleh Tengok Berjaya” - Isu Chef Ammar, Caprice Cadang JAKIM, JAIS Tubuh Unit Banteras Sihir
Penyanyi rap Caprice mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menubuhkan satu unit khas untuk membanteras sihir.
Caprice berkata demikian selepas mengulas isu Cef Ammar yang mendakwa gerainya disihir sehingga terpaksa ditutup demi menyelamatkan keluarganya.
Kata Caprice, sikap hasat dengki seseorang itu mampu mendorong mereka melakukan perkara tidak baik walaupun berada dalam bulan Ramadan.
“Inilah salah satu masalah sikap orang kita tak boleh tengok orang lain berjaya sikit, sikap dengki sampai sanggup cari bomoh dan buat orang.
“Main sihir, buat orang, walaupun sudah tahun 2022, walaupun ini bulan puasa tapi ada yang sanggup buat kerja gila ni,” ulasnya.
Menerusi video yang sama, Caprice juga menegaskan sudah tiba masanya pihak tertentu memgambil serius dan juga tindakan terhadap pelaku sihir.
“Kalau kita orang Islam kita kena percaya rezeki masing-masing sudah ditentukan dan apa-apa yang kita nak kita hanya kena doa dan minta sahaja.
“Bagi saya orang macam ini sudah tak ada agama dan saya pernah cadang dekat JAKIM dan JAIS sudah tiba masa kita kena buat unit khas untuk tangkap orang-orang yang sanggup sihir. Insya-Allah,” katanya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga bersetuju dengan pendapat Caprice.
Terdahulu, Chef Ammar dalam sesi siaran lamgsung di media sosial memaklumkan kedai Nasi Arab miliknya di cawangan USJ 4 didakwa telah disihir dan terpaksa ditutup.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar