Berita

"Inilah Tempoh Paling Lama Saya Duduk Di Singapura Sejak..." - Elfaeza Ul Haq Rindu Kehidupan Di Kuala Lumpur

ZULHILMI JALIL
30/06/2020
09:14 MYT
Sponsor Banner
"Inilah Tempoh Paling Lama Saya Duduk Di Singapura Sejak..." - Elfaeza Ul Haq Rindu Kehidupan Di Kuala Lumpur
Pelakon Elfaeza Ul Huq meluahkan rasa rindu untuk kembali semula menjalani kehidupan seperti sedia kala di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pelakon kelahiran Singapura itu terpaksa akur apabila pintu sempadan negara masih belum dibuka sehingga kini sejak Perintah Kawalan Pergerakan.
"2019, Saya banyak melancong dan saya menghabiskan 90 peratus masa saya di Kuala Lumpur, di mana di situlah rumah, pakaian, buku dan segala-galanya.
"Namun, sejak 11 April, saya berada di Singapura sehingga hari ini. Inilah tempoh paling lama saya pernah duduk di Singapura sejak saya berpindah ke Malaysia pada 2012," katanya menerusi satu entri di Instagram.
A post shared by ELFAEZA UL HAQ (@elfaezaulhaq) on
Begitupun, kata Elfaeza, di sebalik apa yang terjadi, dia yakin bahawa inilah perancangan yang terbaik daripada Allah buatnya.
"Ya Allah, apapun perancanganMu, aku tahu Kau meletakkanku di mana yang sepatutnya. Malah, aku kini berada di tempat yang terbaik buatku ketika ini.
"Saya rindu rumah, rindu kawan-kawan..rindu rutin menghadiri majlis hampir setiap malam. Saya rindu nak melancong, rindu Makkah, Madinah dan Aqsa.
"Adakah semua ini akan kembali normal?. Saya harap begitu. Saya harap semuanya akan jadi lebih baik daripada apa yang sudah sedia ada sebelum ini," coretnya.
Elfaeza atau nama sebenarnya Siti Elfaeza Mohmed Ehsan, 35, merupakan pelakon kelahiran Singapura yang membina nama di negara ini.
Namanya mula dikenali selepas membintangi drama Adam & Hawa yang turut menampilkan rakan senegaranya, Datuk Aaron Aziz pada 2012.
Saksikan drama lakonan Elfaeza Ul Haq di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar