Hiburan
Insaf Terus! Polis Filipina Guna Keranda Ingatkan Orang Ramai Duduk Rumah!
Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang berdepan masalah rakyat yang masih berkeliaran biarpun arahan Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan.
Filipina juga antara yang berdepan dengan situasi sukar tersebut.
Namun, apa menariknya, terdapat beberapa inisiatif yang agak unik dipraktikkan oleh pihak berkuasa berkenaan.
Menerusi laporan Astro Awani, polis di bandar Pampanga, Filipina bertindak menggunakan keranda sebagai bantuan visual menyampaikan mesej kepada umum.
Keranda dipamerkan dengan mesej 'duduk di rumah atau masuk ke dalam keranda'.
Menurut Ketua Polis Balai Perbandaran St. Tomas, Nestor Bulatao, cara terebut bertujuan memberi amaran kepada orang ramai sekiranya mereka tidak menghormati tempoh kuarantin semasa, mereka sebenarnya merisikokan nyawa sendiri.
"Virus berkenaan tidak sewajarnya dipandang remeh dan pegawainya sudah letih menasihatkan masyarakat dengan pelbagai cara," katanya.
Sementara itu, tinjuan Gempak di platform Twitter rata-rata netizen mahu rakyat Malaysia bersyukur pihak berkuasa Malaysia masih berlembut.
Tidak kurang juga yang mahu kaedah tersebut dilaksanakan untuk menginsafkan siapa yang masih berdegil.
Anda boleh lihat sebahagian gambar di bawah.
Sumber: Astro Awani, Twitter