Laman Utama

“Insecure Pula, Ala Nak Kena Make Up Dah Ke Ni” - Ramai Pula Rasa Janggal Kalau Tak Pakai Mask

Mya Amri
27/04/2022
22:42 MYT
Sponsor Banner
“Insecure Pula, Ala Nak Kena Make Up Dah Ke Ni” - Ramai Pula Rasa Janggal Kalau Tak Pakai Mask
Pengumuman mengenai kelonggaran Prosedur Operasi Standart (SOP) yang baharu semalam mendapat pelbagai reaksi netizen.
Antara yang paling popular adalah mengenai pemakaian dan penggunaan pelitup muka di tempat awam.
Pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan apabila berada dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuklah e-hailing.
Manakala penggunaan pelitup muka di kawasan terbuka dan di luar bangunan adalah atas pilihan sendiri namun amat digalakkan.
Selama hampir dua tahun negara dilanda pandemik, rakyat Malaysia telah dibiasakan dengan pemakaian pelitup muka sebagai salah satu cara untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Disebabkan itu juga ada yang berasa kurang selesa untuk menanggalkan pelitup muka seolah-olah mendedahkan diri kepada bahaya.
Namun ada juga yang gembira kerana tidak perlu lagi berasa lemas kerana pemakaian pelitup muka.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian adalah komen-komen lucu netizen di media sosial tentang SOP terbaharu mengenai pelitup muka.
Ada yang mengatakan wajah mereka terasa ‘togel’ sekiranya tidak memakai mask kerana sudah terbiasa tanpa secalit solekan.
Malah ada juga yang menyatakan rasa kurang yakin untuk mendedahkan wajah mereka kerana dikhuatiri tidak cantik dan hanya sedap dipandang jika memakai pelitup muka.
Anda pula bagaimana? Seronok atau tidak?
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar