Hiburan

Insiden Anak Istimewa Dimaki Di Sebuah Restoran, Hati Edry KRU Berparut Sepanjang Hayat - “Saya Terpaksa Cakap Anak Saya Gila”

Khairil Khusyairi
05/01/2025
03:50 MYT
Sponsor Banner
Insiden Anak Istimewa Dimaki Di Sebuah Restoran, Hati Edry KRU Berparut Sepanjang Hayat - “Saya Terpaksa Cakap Anak Saya Gila”
Penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim meluahkan rasa kesal apabila insiden yang menimpa anak ketiganya Emery, 17 menghidap Autisme diberi layanan kasar ketika berada di sebuah restoran di ibu kota baru-baru ini.

Tinggal Parut Dalam Ingatan

Menurut Edry, tujuan dia berkongsi insiden tersebut di media sosial bukanlah untuk memalukan beberapa pihak namun hanya mahu masyarakat peka dengan situasi seseorang yang bergelar anak istimewa atau orang kelainan upaya (OKU).
“Saya bukanlah nak memalukan kakitangan atau tularkan kedai itu. Disebabkan RM12 dan dua minit itu, saya ada memori yang tak enak.

“Untuk melihat seseorang kena maki macam halau anjing sebab dia hanya nak minum, bagi saya ia bukanlah layanan yang sepatutnya. Tak perlu juga panggil pengawal keselamatan.

“Kalau ambil minuman, bayar sajalah. Saya terpaksa cakap anak saya 'gila' supaya mereka lebih faham,” katanya kepada pemberita.
Edry ditemui pada sidang media pada majlis apresiasi media dan pengumuman istimewa Konsert GenKRU yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.

Berbeza Dengan Penerimaan Masyarakat Luar

Dalam masa sama, trio kumpulan KRU itu turut berkongsi pengalaman dia dan keluarga menghadapi situasi sama ketika di Manchester dimana penerimaan berbeza daripada masyarakat.
“Bukan hendak marah tapi saya mohon kalau nampak golongan istimewa ini berilah mereka ruang sikit.

"Ia berbeza di luar negara. Ketika saya dan isteri naik tram di Manchester, Emery pula buat perangai dan ada seorang pakcik datang dan marah pada saya supaya jangan berkasar pada anak kami itu," katanya

Terdahulu, Edry berkongsi sebuah video memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal kerana ada kala mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
Untuk rekod, Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat anak iaitu Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.

ARTIKEL BERKAITAN: Cipta Rekod! Konsert GenKRU Tambah Hari Ketiga - “Tanggungjawab Bagi Kami Untuk Penuhi Impian Peminat”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024